Mohon klik iklan 1X yer

25 October 2012

Apa nak jadi dengan PETRONAS

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Campur tangan kerajaan dalam Petronas menyebabkan agensi penilaian antarabangsa Fitch Ratings pada September lalu menurunkan penilaian prospek masa depan syarikat petroleum itu kepada negatif, kata Rafizi Ramli.Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, akibat dari penurunan tersebut, penarafan Petronas yang sebelum ini antara yang terbaik di dunia juga dijangka diturunkan dalam masa terdekat.“Ia menyebabkan Petronas terpaksa bayar faedah lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. 
Menurut Rafizi, ketika mengumumkan penurunan itu, Fitch Ratings menyuarakan kebimbangan tentang terlalu banyak campur tangan kerajaan yang menyekat kebebasan Petronas.“Ini adalah kali pertama dalam sejarah Petronas apabila syarikat penarafan antarabangsa suarakan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur.“Campur tangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keputusan libatkan Petronas beri kesan buruk kepada Petronas,” katanya.

Bekas Pengurus Kanan Petronas Carigali itu berkata, Petronas dari dulu lagi tidak bersetuju kerajaan Umno BN memberikan subsidi gas kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP).“(Selain itu) Ketika Najib mula jadi Perdana Menteri, beliau tukar strategi Petronas (yang beroperasi selama) 20 tahun untuk dapatkan sumber di luar negara.“Pada masa syarikat minyak seluruh dunia cuba dapatkan sumber luar negara untuk kegunaan masa depan, Petronas diarah untuk fokus kepada sumber dalam negara yang akan habis satu hari nanti,” kata Rafizi.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.Dzulkefly berkata, Petronas tidak harus berada sepenuhnya di bawah kuasa Perdana Menteri, sebaliknya perlu dikembalikan kepada Parlimen.“Ini ternyata perkembangan yang sangat mengecewakan. Justeru Petronas harus dikembalikan di bawah Parlimen, seperti yang kita cadangkan dalam Buku Jingga,” jelasnya.Gagal ambil alih syarikat Kanada.


Dalam pada itu, Dzulkefly menuntut Najib, individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Petronas menjelaskan kegagalan beliau sehingga usaha syarikat itu membina rizab luar negara terbantut.Minggu lalu, kerajaan Kanada menyekat usaha Petronas untuk mengambil alih Progress Energy Resoures (PER) yang memiliki rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan rizab tanah 1.25 juta ekar di seluruh Kanada.  


Kementerian Industri Kanada pada Jumaat lalu memberi tempoh 30 hari kepada Petronas
untuk membuat penerangan tambahan dan serahkan jaminan selanjutnya.“Petronas berada sepenuhnya di bawah PM…maka kegagalan Petronas adalah kegagalan PM…Justeru beliau (Najib) sekurang-kurangnya perlu keluarkan kenyataan untuk menjelaskan kegagalan ini.“(Malah) kegagalan ini turut sahkan pandangan reputasi Petronas di peringkat antarabangsa yang telah terjejas,” kataDzulkefly lagi. ~kd 

 
 
Sumber: Addin

1 comment:

  1. BILA KHAZANAH NEGARA DISELEWENG OLEH PENYAMUN PROFESIONAL DARI PARTI PANDI KUTTI ! ABU JANGAN LUPA !

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.