Mohon klik iklan 1X yer

1 August 2012

Pakatan umum tema sambutan hari kemerdekaan hari ini

Pakatan Rakyat akan mengumumkan tema alternatif bagi sambutan hari kemerdekaan ke-55 esok untuk menggantikan tema "55 tahun Janji Ditepati" oleh kerajaan persekutuan.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memilih 250 cadangan tema alternatif yang diterima.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dilantik untuk mengetuai jawatankuasa berkenaan, katanya lagi. 


Selain A Samad, jawatankuasa itu juga akan dianggotai bekas menteri penerangan dan menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.Pakatan Rakyat sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menarik balik tema kontroversi tersebut. Mustafa mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Dalam beberapa hari kita menerima 250 cadangan untuk dicadangakan kepada kerajaan. Jadi kita menubuhkan jawatankuasa (khas itu) untuk meneliti cadangan tema yang sesuai untuk hari kemerdekaan. Mereka sedang dalam proses membuat pilihan, esok akan diumumkan cadangan kita tema yang sesuai... Kita rasa ada kesan daripada cadangan kita ini. Walaupun belum menyeluruh, sekurang-kurangnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo, tetapi tema belum," katanya. 

Mustafa mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Pakatan Rakyat sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menarik balik tema kontroversi itu yang menerima kritikan keras pelbagai pihak.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga sebelum ini berkata negeri di bawah pemerintahan Pakatan mungkin akan mengadakan  sambutan hari kemerdekaan dengan tema berlainan. 



- Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.