PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar
jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di
dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam
tanpa mengira fahaman politik.
“Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan
tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia
telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya,
sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka,”
kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika
dihubungi Harakahdaily.
Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan
suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman
politik.
Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah
mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam
menangani jenayah dan sebagainya.
Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud,
walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati
umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah.
Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud,
Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga
cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi
jenayah.
Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan
dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum
hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana
hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding
undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa
keraguan yang munasabah.
Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.
Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.
“Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud
dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya
merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman
hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan
kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
"Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak.
Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif
kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat
menghina,” kata Tuan Ibrahim.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam.
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud
sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan
Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud.
“Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi.
Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP
memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap
parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan
parti tersebut untuk mengambil tindakan.
“Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan
isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang
inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan –
tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai
cita-citanya,” tegas Tuan Ibrahim.
“Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di
Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan
DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian
mereka menentang,” tambah beliau.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw
berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak
mengena dengan agama tersebut.
“Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri
kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu
seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang
kepada kaum lain,” kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata
segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr
Mahathir dan Umno.
“Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu
itu akan dihirup oleh Umno,” tulisnya di blog sambil menambah penyebab
utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno
wooo apejadah plak tu si Umno Bersatu keluarkan kenyataan B*d*h mcm tu?hudud bkn kuno!kata hudud kuno maknenye dia ckp islam itu kuno?heyyy singkat nye pmikiran manusia umno bersatu ni.dia yg kuno sbnrnye.
ReplyDeleteramai yg mencuri,bezina semua tu adalah kesan drp TAK BUAT HUDUD!kalo hudud dilaksanakan mesti krg pnye bnde2 ni.org takot la nk buat sng2 je.
hudud bkn nye hukum yg kejam keterlaluan ke hape.dlm islam,nak jatuhkan sesuatu hukuman pn bkn sng2 je.kene cukup bukti,saksinye.bknnya main terjah sana,fitnah sini mcm yg berlaku dlm dunia hari ni.permainan politik kotor jijik!
Hudud tak kuno!sape yg tak dpt terime dia yg KUNO.KEPALA OTAK MCM TONG KOSONG!