TOULOUSE - Dua kepala khinzir ditemui tergantung di pintu masuk sebuah
masjid di selatan Perancis dan disifatkan sebagai kebangkitan
Islamofobia di negara itu, menurut pemimpin Islam.
Datuk Bandar Montauban turut mengecam perbuatan tersebut dan menyifatkan sebagai menakut-nakutkan umat Islam di Perancis.
“Kepala khinzir itu diletakkan di dua tiang di pintu masuk Masjid Salam dengan darah mengalir di perkarangan masjid tersebut," katanya.
Datuk Bandar Montauban turut mengecam perbuatan tersebut dan menyifatkan sebagai menakut-nakutkan umat Islam di Perancis.
“Kepala khinzir itu diletakkan di dua tiang di pintu masuk Masjid Salam dengan darah mengalir di perkarangan masjid tersebut," katanya.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti individu bertanggungjawab.
Seorang pemimpin Islam, Abdallah Zekri berkata, perbuatan itu sangat mengejutkan kerana ia berlaku dalam bulan Ramadan.
Menurutnya, perbuatan ini sengaja dilakukan golongan anti-Islam sebagai provokasi dan menghina umat Islam.
“Perbuatan ini menggambarkan betapa bencinya golongan ini kepada umat Islam,” katanya.
Ini adalah kejadian pertama di Montauban, berhampiran bandar Toulouse dan pada tahun 2009, kaki khinzir telah digantung di sebuah masjid di Castres, juga di selatan Perancis dengan lambang swastika Nazi dengan slogan erkauman dan nasionalis dicat pada dinding bangunan itu.
-SinarHarian
Bukan Islam akan aman jika duduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi Umat Islam tidak akan menikmati keadilan jika duduk dibawah pemerintahan bukan Islam. Bukti banyak. Di Myanmar, Vietnam, Thailand dan banyak lagi umat Islam ditindas oleh pemerintahan bukan Islam yg zalim... sebab mereka memang memusuhi Islam... Insyaallah, Allah akan tukarkan semua itu kerana Allah Maha Adil dan Hanya Allah sajalah yg menjaga kemuliaan AgamaNya. Marilah kita kembali kepada agama Allah yg dgn sebenar2nya kerana bantuan Allah akan pasti datang...
ReplyDeleteislam ditindas bukan saja dinegara bukan islam, tapi ada lagi teruk negara yang mengaku islam menekan & menzalimi umat islam sendiri !
ReplyDeleteSalam Ramadhan...teruskan perjuangan....perjuangan akan lebih manis jika disertai pelbagai ujian dan rintangan....
ReplyDeletemgkn kerja EDL
ReplyDeletebtw blog i dah pndh ke wordpress.
Mengapa sek antarabangsa jadi pilihan