Pergerakan Puteri Umno Malaysia memandang positif cadangan pelaksanaan
hukum jenayah syariah - hukum hudud - tetapi menegaskan ia perlu
dilakukan dengan teliti dan sempurna.
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita
harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha
memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana
ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.
“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum Allah SWT,” katanya dipetik oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
Rosnah mengulas cadangan Wanita Umno Bahagian Kepala Batas yang mahu membawa usul menyokong pelaksanaan hudud di negara ini ke persidangan Umno bahagian itu tidak lama lagi.
Rosnah berkata pelaksanaan hukum hudud tidak perlu dipolitikkan dan dipermainkan demi kepentingan peribadi kerana ia sebahagian daripada syariat Allah yang "wajib dijunjung, diamalkan serta dipertahankan setiap Muslim dan Muslimat".
“Umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri daripada membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan,” katanya.
Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan berkata, perkara utama yang perlu ditekankan ialah usaha membina semula keruntuhan akidah.

-Malaysiakini
ada terbaca dalam majalah.. kalau kita membelakangkan hukum Allah, da kira murtad.. sebab seperti x percaya hukum Allah tu terbaik.. sedangkan Allah lebih mengetahui mana yang lebih baik daripada hambanya.. xde alasan untuk xnak buat hukum hudud tu..
ReplyDeleteBegitulah yg diajar oleh guru menghuraikan kandungan kitab2 kuning beserta dalil2 naqli dari Al uran. Hukum dari Allah tidak boleh kita memberikan alasan untuk tidak melaksanakannya. Keutamaannya ialah pemimpin perlu berusaha untuk melaksanakannya.
DeleteWallahu a'lam.
harap bukan gimik politik.
ReplyDeleteDah hampir pihanraya bro. Sanggupkah Putri meninggalkan palaian yg seksi gitu.
Deletenanti banyak mamak-mamak & puteraak umno-apco marah ;)
ReplyDeleteMesti marah punya, takder peluang nak gitu-gitu seperti hari di belia tempohari.
Delete