Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu
Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi
menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan
berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu,
ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka
Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Tidak
lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh
sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan
Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.
Dalam ucapannya di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu bekenaan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu."
Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH, kita tetap lawan habis-habisan," katanya.
Perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."
Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu.
Selain itu, pihaknya akan menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan.
Bahkan, kata Mazlan, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka didakwanya dilaburkan di FGVH.
Sementara ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya.
"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.

Beberapa
pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada
para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang
diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang.
Lapan
wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa
memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Bagaimanapun, hanya
enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada
pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.
Wakil
Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai
kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah
jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.
Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata,
pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga
2,000 orang.
Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang.
-Malaysiakini
agak2 memorandum di baca atau tidak...
ReplyDeletejgn di tong sampahkan udah lerrrr
Simpan dalam file. Dibaca atau tidak sama sahaja kerana YDP Agung bertindak atas nasihat perdana menteri. Begitu sistem Raja berpelembagaan kita.
ReplyDeleteKalau semasa perhimpunan Bersih 3.0 dulu polis bertindak seperti sekarang tentu tak berlaku sebarang kacau bilau, bukan?
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemereka rasis bersih ketua india, oren ketua Melayu..
KLIK berjaya berdikari walaupun berkerusi roda
hahaha
Delete