Mohon klik iklan 1X yer

5 July 2012

SSM gagal lagi

Para pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekali lagi mencuba tetapi gagal untuk menyampaikan notis pemeriksaan kepada badan hak asasi manusia, Suaram.

Tiga pegawai SSM yang diketuai Timbalan Pendaftar, Azahari Ab Rahman tiba beberapa minit sebelum pejabat ditutup pada jam 5.53 petang dan mendapati tidak ada kakitangan yang layak menerima notis tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas pegawai SSM beredar tanpa bercakap kepada pihak media, Penyelaras Pemantauan dan Dokumentasi Suaram, Wong Kar Fai (kiri) berkata beliau menawarkan diri untuk menerima notis tersebut, tetapi Azahari menolaknya, kerana menyatakan ia mesti diterima oleh pengarah Suaram.
Menurut Wong, tawaran bagi mengatur pertemuan untuk pegawai-pegawai tersebut, juga ditolak.

Azahari dan beberapa pegawai lain pergi ke pejabat Suaram di Gasing Indah, Selangor semalam untuk menyampaikan notis tetapi tidak jadi kerana notis tersebut didapati tidak sah.

Seorang pegawai, dakwa Wong, berkata SSM akan datang semula jam 10.30 pagi tadi, tetapi Azahari hari ini menafikan janji itu dibuat.

"Pengarah dan pengerusi kami, ahli sekretariat, kakitangan, peguam, berada di di pejabat pada jam 10 pagi, bersiap sedia untuk menerimanya.

"Kini mereka datang pada waktu yang begitu lewat. Semua orang yang layak menerima notis itu telah pulang," kata Wong.

Pegawai SSM itu menghabis hampir sejam di pejabat Suaram ketika kakitangannya berusaha untuk menghubungi peguam dan bertanya soalan mengenai notis tersebut.

"Kami mahu menerimanya, tetapi mereka datang pada waktu yang salah dan orang yang layak (menerimanya) tidak ada.

"Saya menawarkan diri untuk menerimanya tetapi dia katanya 'tidak', jadi mereka beredar," tambah Wong.

Beliau juga mendakwa Azahari membayangkan bahawa notis tersebut tidak diperlukan untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang mereka cari, tetapi berkata, dia tidak tahu apakah niat Azahari berkata demikian.
entara itu, mMenurut Twitter NGO berkenaan, SSM meminta perkara berikut:
(1) Dokumen Kewangan bagi tahun 2008-2011;

(2) Dokumen sokongan berkaitan perolehan dan pendapatan lain termasuk penyata bank tahun 2008-2011;

(3) Dokumen sokongan berkaitan perbelanjaan syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011;

(4) Senarai terperinci perbelanjaan pentadbiran bagi tahun kewangan 2008-2011; dan

(5) Maklumat terperinci mengenai aktiviti syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011.

NONEPegawai SSM membawa empat notis, masing-masing kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd (badan korporat Suaram),  dua orang pengarahnya - Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Guan, dan setiausaha syarikat, mengikut Seksyen 7(b) (2) Akta Syarikat 1965 yang memerlukan pegawai Suaram mengemukakan dokumen-dokumen tersebut ke pejabat SSM di KL Sentral pada hari Isnin minggu depan.

Pemeriksaan itu dibuat selepas beberapa NGO pro-BN tampil mempersoalkan mengapa Suaram, sebuah NGO hak asasi manusia, didaftarkan sebagai sebuah entiti korporat dengan SSM.

Mereka juga mempersoalkan hampir RM1 juta yang dicatatkan sebagai pendapatan syarikat itu dari 2008 hingga 2011.

2 comments:

  1. THE BLOODY HARASSING STARTS ,ABU THE ONLY WAY !

    ReplyDelete
  2. Salam Yob,
    pe kabor? Balas ziarah.
    Semalam tak buleh nak komen, apa pasal, klik2 tak keluar word utk si Robot.
    Cepatnya deme bertindak bila rakyat bersuara. Cekap!

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.