Oleh: Suhaizan Kaiat
Pemuda PAS Johor ingin memberi reaksi terhadap perubahan kepimpinan
Ketua Pemuda Umno Johor yang telah bertukar daripada Mohd Fadil Muskon
(Ketua Pemuda Umno Air Hitam) kepada Datuk Zulkurnain Kamisan (Ketua
Pemuda Umno Parit Sulong).
Saya telah jelaskan pada 28hb Jun 2012 bahawa 16 Ketua Pemuda Umno
bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UmnoJohor Mohd
Fadil Muskon. Mereka telah mendesak Ketua Pemuda Umno Johor meletakkan
Jawatan.
Kepimpinan Pemuda Umno Malaysia dan Johor telah menafikan pergolakkan
ini dengan menuduh saya dan Pemuda PAS Johor dengan perbagai tuduhan
seperti berikut:
No | Akhbar | Tarikh | Tajuk | Kenyataan Pemuda UMNO | Kandunan Penafian dan tuduhan |
01 | Sinar Harian Edisi Johor | Sabtu 30 Jun 2012 | Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan | Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu Sdr. Khalid Mohammad | Ini terbukti mereka(Pemuda PAS) sudah tiada isu sehingga terpaksa mereka-reka cerita mengatakan Pemuda Johor sedang berpecah. |
02 | Sinar Harian Edisi Johor | Sabtu 30 Jun 2012 | Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan | Ketua Pemuda UMNO Tebrau Ust Syahrin Jamaluddin | Merepek... mereka sudah tiada isu untuk diperkatakan. PAS memang terkenal dengan sumber-sumber ‘dipercayai’ sehingga berani membuat kenyataan ada mesyuarat untuk mendesak Mohd Fadil meletak jawatan. |
03 | Sinar Harian Edisi Johor | Sabtu 30 Jun 2012 | Pemuda PAS hanya mahu populariti. Ketua Pemuda UMNO bahagian nafi dakwaan Suhaizan | Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Sdr. Ismail Mohamed | Pandai Pemuda PAS buat cerita. Baguslah orang PAS ambil berat hal pemuda UMNO. Saranan saya, baik Pemuda PAS jaga hal dalam kain sendiri. |
04 | Sinar Harian Edisi Johor | Ahad 1 Julai 2012 | Isu Pemuda UMNO goyang direka PAS | Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin | Apa yang didakwa berlaku itu hanya semata-mata permainan politik PAS yang semakin tersepit berikutan konterversi membabitkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Istana Johor. Mereka hanya nak alih isu, nak tutup masalah sendiri. |
05 | Sinar Harian Edisi Johor | Isnin2 Julai 2012 | Saya jamn tidak betul. Razali kecewa khabar angin krisis kepimpinan Pemuda UMNO Johor | Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Datuk Razali Ibrahim | Orang-orang luar mempunyai tujuan tertentu dengan membesarkan isu ini. Jika isu tersebut benar tidak mengapalah ia dibincangkan, namun ia langsung tidak betul. |
06 | Sinar Harian Edisi Johor | Ahad 3 Julai 2012 | Jangan buat fitnah. Kenapa sibuk mahu jaga tepi kain orang | Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad | 26 Ketua Pemuda UMNO bahagian di negeri ini sentiasa sepakat dan bersatu, sekali gus menafikan desas-desus yang menyatakan Pemuda UMNO negeri kini berhadapan dengan krisis kepimpinan. |
Kini dengan perubahan kepimpinan Umno Negeri Johor bermula esok
membuktikan kebenaran kenyataan saya sebelum ini. Mustahil bagi
mana-mana parti politik membuat perubahan kepimpinan di saat-saat
genting menghadapi pilihanraya terutamanya di Johor yang menjadi sasaran
Pakatan Rakyat (PR) untuk menawannya.
Saya mewakili rakyat Negeri Johor mahukan penjelasan daripada semua
Ketua-ketua Pemuda Umno yang telah menafikan dalam akhbar dan menuduh
Pemuda PAS Johor dengan pelbagai tuduhan. Rakyat Johor mahu tahu siapa
yang menipu dalam pergolakkan Pemuda Umno Johor. Adakah Pemuda Umno
menipu rakyat Johor?
Mereka yang menipu tidak layak menjadi pemimpin negeri dan negara ini.
-Harakahdaily
HIDUP SEKUTU APCO HANYA KELENTONG,SELEWENG & MENIPU DAA ! ABU !
ReplyDelete