Kemasukan bekas KSU Sidek Hassan ke menara berkembar
KLCC sebagai pengerusi baru Petronas yang menimbulkan rasa kurang
senang banyak pihak telah mencatat kelukaan pertama buat warga Petronas
mereka ialah di unit persembahan Petronas bila mana syarikat gergasi
minyak yang enggan bayar royalti kepada Kelantan itu telah menutup unit
persembahan berusia lebih 20 tahun itu.
Ekoran penutupan itu menyebabkan 80 orang kakitangan semuanya Melayu
yang berkhidmat sebagai penyubur kebudayaan negara di Petronas dengan
mengadakan persembahan kebudayaan di luar negara dan sebagainya hilang
mata pencarian. Walaupun mereka dibayar pampasan tetapi tindakan menutup
"dewan kebudayaan" itu sesuatu yang melukakan.
Penutupan unit itu memberi gambaran yang Petrons di bawah pengurusan
baru ini tidak peka dan prihatin kepada usaha memartabatkan kebudayaan
negara. Selama ini unit kebudayaan itulah yang menonjolkan kebudayaan
tradisi Melayu di seluruh dunia yang diusahakan oleh kakitangan unit
berkenaan.
Penutupan itu juga menjadi persoalan untuk apa Petronas mewujudkan
dewan Filharmonik Petronas bernilai ratusan juta sedangkan unit
persembahan satu-satu unit penting untuk memperkenalkan kebudayaan
tradisional secara profesional dikendalikan Petrons ditutup? Ini
memelikkan?
Khabarnya kerja-kerja mengangkat barang dan segala peralatan
persembahan digunakan unit berkenaan sekarang ini dipindah dan dibawa
keluar.
Dalam pada itu apa juga memeningkan kepala dan menjadi persoalan di
kalangan kaki tangan kenapa unit persembahan kebudayaan tradisi ditutup
atau pun ditiadakan tetapi pihak atasan terus memberi peluang kepada
persembahan kebudayaan luar yang tidak melambangkan cita rasa dan budaya
Melayu. Apakah di Petronas kini sudah ada anasir-anasir luar yang tidak
menyukai kebudayaan Melayu tradisi dan cuba menyuburkan kebudayaan
kuning?
Dalam pada itu selain unit persembahan ini ditutup ada beberapa unit
lagi hendak ditutup termasuklah galeri Petrons. Penutupan ini
dirancangkan sejak enam bulan lepas. Tetapi disebabkan timbul reaksi
kurang enak dengan penutupan unit hiburan katanya penutupan galeri itu
ditangguhkan.
Galeri ini sering kali mempamerkan lukisan pelukis tempatan dan juga
luar negara. Dengan adanya galeri inilah para pelukis dapat menumpang
hidup dan mendapat rezeki. Galeri Petronas antara galeri yang berprestij
dan sering mempamerkan lukisan-lukisan dari pelukis antarabangsa.
Boleh jadi juga Petronas terpaksa mengambil langkah berjimat cermat
dengan menutup bahagian atau unit-unit tertentu almaklumlah hasil minyak
dan gas mungkin berkurangan. Atau boleh jadi juga wang yang
dibelanjakan untuk hiburan dan kebajikan lain terpaksa ditarik kerana
untuk dilambakkan ke dalam akaun Umno?
Sidek Hassan yang baru masuk pejabat dan dapat melihat pemandangan
Kuala Lumpur dari menara berkembar itu wajar menilai semula langkah ini.
Paling penting jangan pula sampai beliau akan dilabelkan sebagai
pengerusi yang anti budaya Melayu.
[wm.kl.11:23 am 30/06/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.