MEDIA mulai mencari siapakah orang PAS yang layak jadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi PRU13 nanti?
Media menjawab sendiri, ‘Tidak ada. Sekadar jadi menteri adalah!’
Tetapi dalam UMNO ramai. Nasib saja menentukan merasa atau tidak. Tun
Dr.Ismail tidak merasa. Ghafar Baba juga sama. Musa Hitam dipercayai
tidak merasa. Anwar dihalang.
Kalau tiada Najib, ada Muhyiddin. Kemudian Wak Zahid Hamidi, Syafie
Apdal, Awang Adek, Abd. Ghani Othman, Noh Omar, Isa Samad, semuanya
boleh.
Tetapi dari PAS, siapa?
Keutamaan PAS pada masa ini ialah menggantikan kerajaan yang rasuah
dengan kerajaan yang adil dan telus. Menggantikan UMNO dengan PAS adalah
lebih aula.
Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi pendakwah dulu jika ada
orang lain yang boleh menjalankan tugas Perdana Menteri itu dengan baik.
Apakah beliau tidak layak? Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mahu jadi
calon Menteri Besar 25 tahun dulu. Berilah kepada orang kalau Kelantan
dapat dikuasai semula.
Semua orang kata beliau tidak layak. Bila beliau jadi Menteri Besar,
semuanya menyangka beliau paling lama tahan tiga bulan saja. Tetapi
beliau sudah berada di situ lebih 20 tahun.
Tiada lagi yang kata, dia tidak layak. Bahkan ramai orang Cina dan
India terasa, kalau beliau jadi Perdana Menteri, dia jadi lebih baik
dari Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir itu nampaknya pintar, tetapi amanah jauhlah Tok Guru Nik
Aziz lebih baik. Syarat jadi Perdana Menteri itu bukan sekadar pintar,
tetapi benar dan amanah adalah lebih penting.
Islam menentukan sifat terbaik untuk menjadi pemimpin ialah yang
dimiliki oleh para nabi iaitu benar (siddiq), amanah, tabligh iaitu
menyampaikan dan terakhirnya fatanah iaitu kelulusan atau kebijaksanaan.
Pintar tetapi penyangak, tentunya tidak amanah. Dia rasuah, utamakan
kroni, mengutamakan keluarga dan diri sendiri. Kebanyakan yang dikatakan
layak jadi PM dalam UMNO itu adalah yang seperti ini.
Kalau Mahathir dan Najib itu pintar, jangan sangka Tok Guru Nik Aziz
tidak pintar. Mahathir pernah jadi bapa angkat UMNO Gua Musang. Dia
tidak dapat ambil Kelantan, bahkan pengaruh Ku Li di Gua Musang itu pun
tidak dapat rampas.
Bahkan ada yang melihat wajar dan watak Menteri Besar Kelantan
menyamai wajah dan kehebatan Ho Chin Minh, Presiden pertama dan bapa
kemerdekaan Vietnam. Kalau sudah sama dengan Uncle Ho, sudah bertaraf
dunialah.
Jangan rendahkan kepintaran Ustaz Azizan Razak yang memimpin Kedah,
negeri terbangsat di Malaysia kerana tiada hasil mahsul. Laporan Ketua
Audit Negara memuji pentadbiran dan kawalan kewangannya. Dia tidak
menambah hutang negeri, bahkan mengurangkan hutang.
Dari laporan audit itu kewalan kewangan pusat juah leceh dibandingkan
dengan Kelantan dan Kedah. Kalau Tok Guru dan Ustaz Azizan telah
membuktikan kepuyaannya, apa pula kurangnya Ustaz Hadi dan lain-lain
pemimpin PAS.
Kalau Saifuddin Abdullah dirasakan boleh jadi Perdana Menteri yang
baik masa depan, tetapi dia kira tidak sehebat Salahuddin Ayub dalam
debat baru-baru ini. Kalau Saifuddin dikira layak, masakan Salahuddin
tidak layak.
Mustafa Ali, Khalid Samad dan Dr. Mujahid Yusof belum disenaraikan
lagi. Belum tentu Mustapa Mohamad, Hishammuddin Husein dan Ismail Sabri
lebih handal dari mereka.
Profesional yang bersama PAS sekarang mungkin lebih ramai dari yang
bersama UMNO. Jika PAS dapat menggantikan UMNO nescaya ramailah muncul
orang yang layak dicalonkan sebagai PM.
Keutamaan pada masa ini ialah PAS tidak mahu berbalah tentang siapa
hendak jadi Perdana Menteri. Kalau berbalah tentang siapa jadi PM, nanti
BN tidak dapat ditumbangkan dan UMNO tidak dapat digantikan.
Kalahkan UMNO dulu. Lepas itu barulah bincang tentang Perdana
Menteri. Jika pimpinan Tok Guru sebagai Menteri Besar diiktiraf semua,
yang lebih baik dari Abdullah Badawi dan Muhyiddin Yassin pun ramai.
Jika PAS menang, yang cerdik dalam UMNO itu pun habis menyokong PAS.
Salam
ReplyDeleteBagiuh N3 ni. Jadi PM bukan perlu PhD atau doktor kehormat memana universiti, walau oxford sekalipun. Dah ramei orang ameno jadi pm semuanya antara hampeh dan kurang hampeh je. ISA, Akta Hasutan dan segala akta zalim dan tipuhelah pilihanraya digunakan untuk mengekalkan kuasa.
Moh kite humban demer masuk longkang sisa toxic lynas!