Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa
provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari
ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.
"Pertama sekali kita
ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik
dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan
berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk
berhimpun secara aman," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan
memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)
ke Istana Negara petang tadi.
Beliau turut mengucapkan tahniah
kepada semua peserta yang menjayakan perhimpunan dan perarakan dengan
baik sehingga memorandum berjaya diserahkan kepada pihak istana.
Perhimpunan bermula dengan solat Zuhur di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berarak sehingga Jalan Dutamas 1.
Polis hanya membenarkan peserta yang berjumlah kira-kira 5,000 berkumpul di situ dan menutup laluan.
Mereka
berkumpul sambil mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, wakil-wakil
NGO sementara enam wakil ke diiringi kereta polis ke Istana Negara
bagi menyerahkan memorandum.
"Walaupun peringkat awalnya kita
cadang nak berarak sampai istana tapi hasil perbincangan dengan pihak
polis mereka hanya membenarkan kita berhenti di sini (Jalan Dutamas 1)
dan pihak polis iring kita untuk hantar memorandum, adi keseluruhan
berjalan dengan baik," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
_Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.