Mohon klik iklan 1X yer

8 July 2012

Kebodohan orang Melayu mahu undi - Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "kebodohan" orang Melayu menyebabkan kumpulan etnik majoriti terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti, termasuk mengiktiraf sijil daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC).

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir membangkitkan perkara itu sebagai dilema baru orang Melayu.

Beliau mendakwa, golongan Melayu kini tidak mampu mempertahankan kaum mereka kerana takut dituduh rasis.
"Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tidak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan.

"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman, kita kena terima.

"Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adala kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan seupaya orang Melayu boleh menjadi majoriti.

"Namun kini sebaliknya, mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah," katanya.


-Malaysiakini


Petikan:

Saya yakin Universiti Tunku Abdul Rahman ini akan menjadi satu institusi pengajian tinggi Malaysia yang akan benar-benar menyumbang kepada penghayatan prinsip-prinsip perjuangan Tunku Abdul Rahman Putra, pencipta dan pengamal kerjasama antara kaum yang unik yang telah menjadikan asas kepada keharmonian dan keamanan negara tercinta ini. - Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, di majlis pelancaran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kuala Lumpur, 13/08/2002
  sumber

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.