PASIR MAS - Sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua
dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang
dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik
masing-masing.
Episod pahit itu terpaksa dilalui oleh Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari
Kampung Cabang Tiga Chetok dekat sini selepas sah diceraikan dengan
talak satu oleh suaminya Yahaya Ibrahim, 71, di hadapan Hakim Syarie,
Mohd. Hafiz Daud di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas pukul 9 pagi
semalam.
Perceraian pasangan tersebut difailkan oleh Yahaya di mahkamah sama
pada 24 Jun lalu selepas mereka tidak lagi sehaluan dan kerap bergaduh
kerana isu politik.
Che Hasnah bercerita, perceraian kali kedua dalam hidupnya itu
berlaku selepas bekas suaminya itu didakwa semakin taksub dengan fahaman
parti politik yang menggunakan agama yang dikatakan turut memaksanya
menerima fahaman politik berkenaan.
Sebelum bernikah dengan Yahaya, Che Hasnah pernah berkahwin dengan
lelaki lain namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada
1995 tanpa dikurniakan anak.
"Kemuncak keretakan rumah tangga kami berlaku selepas saya menghadiri
sesi ceramah oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali yang
kini merupakan Presiden Jalur Tiga (Jati) di Tanah Merah pada 11 Jun
lalu.
"Sebaik sahaja balik daripada majlis tersebut, bekas suami saya
marah-marah dan mengatakan saya sesat. Yahaya kemudian berpindah ke
rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah saya," katanya ketika
ditemui di luar mahkamah.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.