Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini tampil
mempertahankan Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang yang diugut
dengan tindakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan Kedah kerana
sering mendedahkan kepincangan dasar kerajaan negeri.
Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan rekaan atau fitnah.
"BN akan terus membawa satu demi satu kelemahan
tadbir urus PAS Kedah supaya masyarakat dapat menilai keupayaan PAS
untuk menjadi sebuah kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan rekaan atau fitnah.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang bercadang mengambil tindakan OSA terhadap Tan berikutan pendedahan beliau berkaitan peraturan baru perumahan yang bakal diperkenal di negeri ini.
Katanya pemimpin BN menyuarakan kepentingan rakyat apabila mengeluarkan sesuatu isu dan daripada isu berkenaan rakyat mahu melihat jawapan kerajaan negeri, bukannya satu ugutan terhadap "pembawa mesej".
Ahmad Bashah yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, berkata banyak isu yang melingkari kerajaan negeri sekarang gagal ditangani dengan baik, malahan jawapan kerajaan negeri terhadap isu berkenaan amat naif.
"Dalam isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), pembalakan di Gunung Inas hingga menjejaskan alam sekitar dan yang terbaru peraturan baru perumahan gagal dijawab kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri tidak berminat untuk menjawab segala persoalan yang kita kemukakan sebaliknya lebih suka menyalahkan mereka yang membawa menyuarakan isu berkenaan. Mereka masih mengamalkan pentadbiran menuding jari kepada orang lain sahaja apabila ada masalah," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.