Mohon klik iklan 1X yer

20 June 2012

Sorry LGBT

Timbalan menteri hal ehwal agama Datuk Mashitah Ibrahim berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang melindungi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau gaya hidup mereka daripada tindakan kerajaan.

Katanya, Perkara 8 Klausa 1 dan 2 dalam Perlembagaan mendefinisikan gender berdasarkan seseorang itu lelaki atau wanita dan bukannya berdasarkan jantina yang disukai oleh seseorang individu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) di Dewan Rakyat hari ini.
Ngeh berkata kerajaan perlu mengambil kira untuk memansuhkan undang-undang yang mendiskriminasi golongan LGBT, yang berdasarkan doktrin agama.

Sebaliknya, kerajaan perlu menggubal undang-undang yang lebih adil kepada semua, katanya.

Perkara 8 Klausa 1 dalam perlembagaan itu memberi jaminan bahawa "Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang" manakala Klausa 2 pula menyatakan bahawa  "tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina."



Sumber:  Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.