Mohon klik iklan 1X yer

18 June 2012

Simbol Calon bebas membahayakan pengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meneliti simbol bagi calon Bebas dan mendapati mendapati ada yang perlu digugur atu diganti selaras dengan perkembangan semasa.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  berkata, misalnya simbol gunting ditukar kepada pen kerana SPR berpendapat ia tidak sesuai kerana boleh menjadi senjata.
Manakala simbol kepala harimau ditukar dengan kucing, kerana harimau binatang yang ganas," tambahnya

"Payung pula ditukar dengan baju hujan kerana payung digunakan orang ramai semasa hujan dan panas, nanti ia boleh menjadi satu taktik untuk berkempen dan akan dibawa ke kawasan larangan semasa pilihan raya," katanya.
Beliau berkata SPR mempunyai hak untuk menentukan simbol bersesuaian dan kini terdapat 30 simbol telah ditetapkan, antaranya kunci, meja, rumah, ikan, perahu, kapal terbang, jam dan arnab.
- Bernama

**
Apalah nak jadi dengan cara pemikiran pengerusi SPR ini. Andainya beliau menonton film James Bond, semua yang beliau sarankan boleh menjadi senjata yang merbahaya. Jika beliau menonton film Mc Gyver pula, lagi macam2 boleh dibuatnya. 

Agaknya Tan Sri kuat berilusi dan berhalunisasi. Bahaya tu Tan Sri.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.