Mohon klik iklan 1X yer

11 June 2012

PPP menunjukkan Taringnya, 1 Malaysia.

PPP WP cadang bumiputera untuk semua


Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan petang semalam meluluskan usul agar warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa.  

Perwakilan dari cawangan Bukit Petaling, Kamaraj Marappan mencadangkan usul itu dan dipersetujui tanpa sebarang bantahan oleh perwakilan-perwakilan konvensyen.

"Saya cadangkan agar Datuk Seri Najib Razak menimbang usul ini dengan baik dan memberi perhatian agar semua rakyat berbilang kaum dilayan dengan adil dan saksama selaras dengan gagasan 1Malaysia.



"Dasar kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat dan saya percaya dasar ini boleh diubah untuk alaf ini dan untuk menentukan masa hadapan kita," kata Kamaraj.

Menurutnya lagi, cadangan itu digagaskan agar tiada lagi pihak memanipulasi isu bumiputera dan bukan bumiputera untuk kepentingan mereka.

"Kita tidak harus memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu-isu seperti ini dan terus menjuarai rakyat bukan bumiputera," katanya.

Sewaktu ditemui Malaysiakini, Kamaraj mengakui usul yang digagaskan agak sensitif.

Namun, beliau bersetuju bahawa ia digagaskan untuk membuka ruang perbincangan baru dalam arena politik Malaysia.

Buat masa ini, status 'bumiputera' merujuk kepada warganegara berketurunan Melayu, orang Asal, serta pribumi Sabah dan Sarawak.

Bumiputera mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berhubung tanah rizab dan kuota universiti.


Sumber: Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.