Mohon klik iklan 1X yer

20 June 2012

Awas! Sindrom ini sangat merbahaya

Orang kampung memanggilnya sindrom “bodoh bertimpa-timpa” atau dikenali dengan nama manjanya BBT. Kita masih gagal menemui nama saintifik bagi penyakit minda politik ini yang mudah ditemui dalam kelompok tegar kepimpinan tinggi United Malays National Organisation.

Dalam beberapa hari lalu dilaporkan bahawa minda BBT ini telah menyebabkan kabinet membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN kepada dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri Selangor; Universiti Selangor (UNISEL) dan juga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Alasan yang diberikan amat menggelikan hati: mahu menguji idea yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru-baru ini berjanji akan memansuhkan pinjaman PTPTN serta memberi pendidikan tinggi percuma.

Jangkitan awal BBT


Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dalam ulasannya kepada Utusan Malaysia menyebut bahawa pembekuan itu adalah supaya Pakatan Rakyat Selangor dapat membuktikan bahawa mereka mampu memberikan pendidikan tinggi percuma.

Khaled menganggap bahawa UNISEL sudah sedia untuk memberikan pendidikan percuma kepada mahasiswanya, justeru menolak PTPTN. Katanya, “Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.”

Kita tidak pasti samada penyakit BBT ini turut memberi kesan kepada fungsi pendengaran dan fungsi kognitif manusia untuk memahami konsep asas pendidikan tinggi percuma yang ditawarkan. Para doktor juga tidak pasti samada penyakit ini memberi kesan langsung kepada hati dan perasaan, sehingga sanggup menganiaya anak muda mahasiswa yang baru sahaja mahu melanjutkan pelajaran atas alasan dan kononnya strategi politik.

Bukan itu sahaja, malah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran  menyokong tindakan itu dan menyebut bahawa adalah adil bagi PTPTN untuk menguji dasar PKR.

Di sini sekali lagi kita dapati bahawa simtom “bodoh bertimpa-timpa” turut menyebabkan gangguan neuron di dalam otak dan menyebabkan ada semacam kehilangan akal untuk beberapa ketika sehingga boleh tersalah faham dan menyangka bahawa PTPTN itu sebuah parti politik.

Sehingga tergamak bakal Perdana Menteri itu menggunakan PTPTN untuk mencabar dasar sebuah parti yang belum pun mempunyai sumber-sumber persekutuan untuk merealisasikan manifestonya. Ini juga baik untuk mengingatkan kita bahawa tanggungjawab pendidikan tinggi duduk dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Peringkat akhir jangkitan BBT

Kesudahan daripada jangkitan penyakit “bodoh bertimpa-timpa” ini dapat kita lihat pada si dia yang teringin benar mahu jadi Menteri Besar Selangor, Noh Omar namanya, yang menyebut bahawa pembekuan PTPTN akan dihentikan sejurus sahaja PKR mengakui bersalah dan tidak mampu memberi pendidikan percuma.

Kita melihat penyakit ini akhirnya akan menyebabkan penghidapnya berperangai kebudak-budakan, dan punya kecenderungan untuk membuat ugutan-ugutan kosong, terutamanya apabila memikirkan bahawa Noh adalah Menteri Pertanian yang tempoh hari di Parlimen masih lagi terkial-kial dengan istilah akaun “escrow”.

Namun begitu harus diingat bahawa penyakit BBT ini sebenarnya mungkin dapat disembuhkan apabila penghidapnya sanggup mendengar kata-kata orang yang pakat dalam bidang mereka. Dengan tiba-tiba langkah pembekuan PTPTN untuk Selangor itu ditarik balik.

Namun kesan sampingan penyakit ini agak teruk juga. Walau pun keputusan ditarik balik, sindrom itu meninggalkan kesan angkuh, sombong dan berlagak yang amat sukar untuk dipulihkan dalam masa yang singkat.

BBT semakin kronik

Penyakit BBT juga dikhabarkan membawa nasib malang kepada mereka yang menghidapnya. Sama ada ia mempunyai kaitan saintifik, belum dapat dibuktikan. Namun, nasib malang menimpa Perdana Menteri apabila media antarabangsa giat melaporkan betapa gagalnya dalam usaha transformasinya. Ia pasti memberi kesan besar kepada pelaburan antarabangsa serta imej negara di mata dunia.

Lebih malang lagi, bakal menantunya Daniar Nazarbayev semalam dilaporkan oleh New York Post telah menipu bapa tirinya dan beroleh sebuah kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia dengan menggunakan dokumen yang dipalsukan.

The Daily Mail pula melaporkan bahawa Daniar menggunakan kelulusan Universiti Columbianya itu untuk mendapatkan cinta anak sang Perdana Menteri. Aduhai alangkah malangnya Perdana Menteri.

Kesimpulan

Mungkin penyakit yang sedang dihidapi kabinet Malaysia sebenarnya wujud dalam jenis yang pelbagai. “Bodoh bertimpa-timpa” boleh bermutasi menjadi “malang bertimpa-timpa” atau MBT. Mereka yang dijangkiti virus ini mungkin patut menjauhkan diri dari dunia politik kerana tidak lagi mampu untuk mendepani budaya politik baru yang bebas daripada penyakit yang disebutkan tadi.

Lagi pula, BBT yang boleh merebak menjadi MBT mungkin suatu penyakit bawaan vektor. Ada teori yang mengatakan penyakit yang diakibatkan oleh virus ini dibawa oleh kawanan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang baru-baru ini dilaporkan telah berpindah ke Bangsar. Sungguh borjuis lembu-lembu itu.

Kita juga tidak menolak kemungkinan bahawa virus ini mungkin bawaan udara yang tercetus di antara Perancis dan Mongolia. Atau mungkin ia bawaan dari laut melalui kapal selam. Setakat ini tidak banyak yang kita tahu.

Apa yang kita tahu ialah penyakit disebabkan virus ini sudah terlalu menular. Orang awam disarankan agar tidak menghampiri mereka yang mengalami simtom terbabit, kerana dilaporkan bahawa penyakit ini sangat mudah berjangkit.

Walau pun belum ada ubat moden untuk mengatasi sidnrom itu, ramai orang kampung sudah lama tahu penawarnya. Untuk merawat BBT dan MBT dengan berkesan, orang ramai boleh cuba “UBAH”. 


Roketkini.com

1 comment:

  1. wa pun tunggu mat indera ni.. lama tak klik iklan kat blog gua ni bro... hahaha! dia sibuk kot bro!

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.