Lebih 15 individu berbilang bangsa dan agama yang bersidang di Kuantan
Sabtu lalu telah bersetuju untuk menubuhkan secara rasmi Gabungan Tukar
MB Pahang (TUKAR).Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.
Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.
Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.
“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.
Selain
itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak
mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik
marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap
wartawan.Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.
“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.
~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.