Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar
mendakwa peneroka Felda tidak akan menerima saham percuma atau wang
insentif hasil daripada penyenaraian Felda Global Venture Holdings
(FGVH) ke Bursa Malaysia.
Sebaliknya, golongan berkenaan akan menanggung hutang untuk membiaya permohonan bagi membeli saham berkenaan, dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Difahamkan bahawa para peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut," dakwanya.
Beliau mendakwa, peneroka berkenaan perlu membayar balik keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh enam bulan atau melunaskannya daripada hasil jualan saham berkenaan di pasaran terbuka.
Selain itu, pemegang saham itu juga dikenakan bayaran RM200 oleh bank apabila pinjaman tersebut dikeluarkan dengan rebat RM100 sekiranya melunaskan pinjaman lebih awal, selain kadar faedah lima peratus setahun, dakwanya lagi.
Kadar
berkenaan adalah lima kali lebih tinggi daripada kadar untuk pinjaman
bagi projek National Feedlot Centre, dakwanya lagi yang menambah
penyenaraian itu akan memberi kesempatan kepada institusi kewangan untuk
meraih untung.
Keuntungan itu terutamanya akan diperolehi bank pelaburan, bank yang dipilih untuk memberi pinjaman bagi membiaya pembelian daham dan juga syarikat broker saham, dakwanya.
"Yang paling ketara adalah yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh dua bank pelaburan domestik dan tiga (bank) asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.
"Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja Felda menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank," dakwanya lagi.
Sebaliknya, golongan berkenaan akan menanggung hutang untuk membiaya permohonan bagi membeli saham berkenaan, dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Difahamkan bahawa para peneroka dan pekerja Felda diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut," dakwanya.
Beliau mendakwa, peneroka berkenaan perlu membayar balik keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh enam bulan atau melunaskannya daripada hasil jualan saham berkenaan di pasaran terbuka.
Selain itu, pemegang saham itu juga dikenakan bayaran RM200 oleh bank apabila pinjaman tersebut dikeluarkan dengan rebat RM100 sekiranya melunaskan pinjaman lebih awal, selain kadar faedah lima peratus setahun, dakwanya lagi.
Keuntungan itu terutamanya akan diperolehi bank pelaburan, bank yang dipilih untuk memberi pinjaman bagi membiaya pembelian daham dan juga syarikat broker saham, dakwanya.
"Yang paling ketara adalah yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh dua bank pelaburan domestik dan tiga (bank) asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.
"Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja Felda menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank," dakwanya lagi.
kalau betul masak peneroka. untung kemana.. tanah ke mana nanti. hahaha!
ReplyDelete