Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di
Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH
sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu
tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan
memajukan negeri Terengganu. Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di
Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan
kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah
amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil
kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.
Ia
menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun
1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya
penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri
iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.
Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula
akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit
rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju,
dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan
cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah
Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.
Terbaru
kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi
rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang
diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan
membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula
dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan
bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?
Tanah
Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA
untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan
Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk
Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah
daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG
negeri dan Exco MMKN Terengganu.
Ia
dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan
baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang
dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi
pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2.
Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas
kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda
yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah
tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang
berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan
mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai
menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang
oleh pihak lawyer Zabidi & Co.
Satu
majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah
Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu
sendiri pada tahun 2003.
Tetapi
harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka
sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN
sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan
terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot
dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.
Inilah
pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta
alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak
peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman
mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah
penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya
slogan membela melayu yang dilaungkan?
Kini
tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang
dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan.
Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak
dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan
dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K
sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini.
Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang
mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya
kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk
rakyat ini?
Inilah
sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita,
tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN,
masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka.
Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa
lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka
tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti
itu.
Apabila
ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan
rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus
mebiarkan kezaliman ini berlaku?
Macam sekarang.... yang berhak pun xdapat hak
ReplyDeletekalau diteruskan .... Sekurang-kurangnya boleh mengganti tanah rizab melayu yang dijual atau dimajukan. pungkok sungguh lahanat ni.
ReplyDelete