Mohon klik iklan 1X yer

11 April 2012

Majoriti MP Malaysia tiada integriti pilihan raya

Hanya empat orang MP – dua dari BN dan dua pembangkang – yang menandatangani ikrar integriti pilihan raya sejak ia dilancarkan badan pemerhati Transparency International-Malaysia, tiga minggu lalu.

Empat ahli parlimen itu ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Temerloh) dan Khairy Jamaluddin (Rembau) dari BN, MP PKR Nurul Izzah (Lembah Pantai) dan juga dari PSM Dr D Jeyakumar (Sungai Siput).

Saifuddin merupakan MP pertama yang menandatangani ikrar itu manakala Nurul Izzah merupakan ahli parlimen terakhir yang berbuat demikian pada 2 April.
Ikrar yang dilancarkan bulan lalu merupakan 'kontrak sosial' kepada calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia menetapkan kepada calon berkenaan untuk menolak amalan rasuah dan politik wang semasa kempen pilihan raya dan selepas berjaya mewakili sesuatu kawasan.

Walau tidak dikuatkuasa mana-mana badan, penandatangan ikrar itu perlu membuka akaun media sosial – sama ada Facebook atau Twitter – untuk membenarkan komunikasi langsung dengan pengundi yang akan memantau dan memberi maklum balas ke atas tindak tanduk calon mereka.

TI-M melancarkan laman timalaysia-electionpledge.org.my dan menerbitkan butiran mengenai penandatangan ikrar tersebut, termasuk 'borang calon' yang perlu diisi oleh wakil rakyat berkenaan.

Di dalam borang itu, wakil rakyat tersebut perlu menyatakan sebab peribadi mereka menandatangan ikrar tersebut.

~Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.