Malam tadi, Datuk Seri Najib Razak telah
bentangkan apa yang beliau dan kerajaan lakukan kepada rakyat Malaysia
seperti anda khasnya dan Malaysia umumnya melalui Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011.
Berikan ruang dan peluang untuk diri
anda untuk meneliti beberapa hasil disebalik program & dasar yang
cuba dibentuk oleh Datuk Seri Najib yang sudah bergelar Perdana Menteri
Malaysia ini untuk tempoh 3 tahun setakat ini. Hasilnya….
Isi Penting Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011
Perdana Menteri Malaysia yang terkenal
dengan slogan 1Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” cuba membuktikan yang program dan dasar yang diatur selaras
dengan prinsip tersebut termasuklah :
- mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia
- membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat
- mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara-negara lain di dunia untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi
1) Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup di Malaysia
Kerajaan
telah cuba membuktikan untuk menangani kos sara hidup rakyat bawahan
yang semakin hari semakin meningkat tidak kira melibatkan penduduk
bandar tetapi juga penduduk luar bandar. Anda ada merasakan beban kos
sara hidup? Jadi, kerajaan telah membahagikannya kepada 3 peringkat
untuk mengurangkan masalah ini. Antaranya :
(i) Langkah jangka pendek bersifat
“one off” yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 (Semua bantuan ini
melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion) :
- Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000
- Bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara
- Pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula diberikan baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar
- Kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia.
- Dasar gaji minimum untuk sektor swasta pula bakal diumumkan tidak lama lagi. Dijangka pada Hari Pekerja 1 Mei 2012 ini
(i) Langkah Jangka Serdahana :
- Kedai Rakyat 1Malaysia
- Klinik 1Malaysia
- Menu Rakyat 1Malaysia
- Pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur
- Penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught
(iii) Langkah Jangka Panjang :
- Memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan
- Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dipertingkatkan lagi dengan memfokuskan untuk golongan pertengahan
- Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
- Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk perumahan bagi golongan nelayan dengan membina dan membaik pulih rumah
- Meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak.
- Memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah
- Semua jumlah subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun
2) Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
- Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina.
- Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini. Contohnya, Long Lopeng ke Ba’kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri
- Sebanyak 27 ribu lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70 ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang bersih.
- Bagi negeri Sabah peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih 150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3% yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih 250 ribu penduduk.
- Bagi bekalan elektrik pula, negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%, yang memanfaatkan lebih daripada 230 ribu penduduk
3) Mempertingkat Pengangkutan Awam di Malaysia
- melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam seperti projek MRT yang merupakan projek pengangkutan awam bandar untuk jangka panjang. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- Meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc
- Pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak
- Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan keselesaan perkhidmatan komuter dan dijangka akan meningkatkan keselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian
- KTM juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.
- Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap hari
4) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
- Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta.
- Di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM 1.4 Bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.
5) Membanteras Gejala Rasuah
- Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan
- Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah
- Manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya dengan secukupnya
- Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap “ikan bilis” manakala “ikan jerung” akan dibiarkan terlepas bebasWalauapapun, sebarang usaha yang telah dilakukan kerajaan sekarang ini paling pentingnya mesti sampai dan dirasai sendiri impak kepada kalangan rakyat Malaysia
6) Mengurangkan Kadar Jenayah
- Kerajaan telah meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas
- Strategi ini nyata berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 39%, manakala jenayah keseluruhan telah berkurang sebanyak 11% semenjak tahun 2009
- Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas, seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya.
- Di bawah strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus serta dikawal selia oleh pihak PDRM di laksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah
- Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV akan di tingkat luaskan.
7) Meningkatkan Pencapaian Pelajar
- Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah percuma
- 77% daripada anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu
- 24. Kerajaan mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat “time based” dalam Bajet 2012
Walauapapun, sebarang usaha yang
telah dilakukan kerajaan sekarang ini paling pentingnya mesti sampai dan
dirasai sendiri impak kepada kalangan rakyat Malaysia.
~Berita semasa online

Pena datang dan singga menyimak entry
ReplyDelete