Kebimbangan banyak pihak terhadap aset milik peneroka tergadai
apabila Felda disenaraikan di Bursa Saham Malaysia dianggap ada asasnya
apabila pasaran saham dimanipulasikan.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sudah
menjadi kelaziman di mana ada sindiket mempengaruhi turun naik harga
saham di pasaran semasa bagi mendapat keuntungan segera.
Katanya, sindiket berkemampuan untuk mempengaruhi harga di pasaran sama ada turun atau naik.
“Kita bimbang peneroka akan terpengaruh dengan permainan mereka.
Ketika harga saham rendah tentunya ramai peneroka berminat membelinya
dengan jumlah yang banyak sehingga ada yang membuat pinjaman di bank.
“Mereka berbuat demikian dengan andaian akan mendapat keuntungan
berganda apabila harga saham meningkat. Namun kita kena ingat harga
saham tidak kekal tinggi selama-lamanya.
“Dan apabila harga saham jatuh peneroka yang membeli saham dengan
banyak tidak mampu membuat apa-apa lagi. Ketika itu mereka akan hanya
tinggal sehelai sepinggang sahaja,” katanya Bicara UT6 bertajuk
Perjuangan dan Amanah di KTC malam tadi.
Sebelum ini kerajaan menjanjikan durian runtuh dengan penyenaraian
Felda Global Ventures Hondings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia. Usaha
Felda mahu mendapat mandat daripada peneroka terhadap penyenaraian itu
gagal apabila ada peneroka membuat injuksi di mahkamah.
Namun kerajaan BN tetap berusaha memastikan FGVH dapat disenaraikan dengan jaminan tanpa membabitkan tanah milik peneroka.
Bagaimanapun Tengku Razaleigh yang juga anggota parlimen Gua Musang
berkata, biar pun kerajaan mendakwa tanah milik peneroka tidak terbabit,
namun aset-aset lain milik Felda terlibat dengan penyenaraian itu.
Antaranya tanah-tanah Felda yang tidak menempatkan peneroka, kilang-kilang sawit dan banyak lagi.
“Biar pun kerajaan menjelaskan tanpa melibatkan tanah milik peneroka,
namun aset lain juga ada kaitan secara langsung dengan peneroka.
“Saya khuatir dan tidak tahu bagaimana kerajaan mahu mengawal
manipulasi pasaran saham dan akhirnya peneroka yang akan rugi,” ujarnya.
salah satu pemimpin malayu bijak yang dipinggir oleh UMNO selepas musa hitam. Mangkok2 ni rela jadi barua mamak. sialllllllll!
ReplyDeleteberapa banyak anak negeri Perak yang akang bungkus bro? Jangan naya org kampung wa. kahkahkah!
ReplyDeletefrom parit with love. kihkihkih