Penulis blog, Anak Sungai
Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep ‘1Malaysia" yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,
akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.
Sehubungan itu, beliau di dalam blognya, http://darisungaiderhaka.blogspot.com
membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh
rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya
Umum akan datang.
“Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan
‘1Malaysia’ di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.
“Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu
menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah
perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit,” tulis
beliau.
Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di
sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan.
Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang
jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang
Asli.
“Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana
ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur
orang Islam biasa.
“Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?” soalnya.
Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak.
Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).
Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini
majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai ‘pengundi
tetap’ Najib di Parlimen Pekan.
Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.
“Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau.
Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang
dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang yang sepatutnya
memantau kegiatan seperti itu.
Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah
mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam
kawasan PM, Najib Razak.
tak pernah terpikio dek otak kume yop. sampai macam ni punye bodoh pun ade.Lame2 org islam takde tanah kubo sbb jirat cine perlukan tanah yg beso. bongok betui.
ReplyDelete