Sejak tahun lepas, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman tidak
pernah jemu menjelajah segenap tempat di negeri ini untuk mengukuhkan
sokongan rakyat terhadap BN sebagai persiapan menghadapi pilihan raya
umum akan datang.
Ramai pemimpin parti komponen BN berkata Ghani begitu tekun menangani isu yang melibatkan pelbagai kelompok di Johor, terutama pengundi Cina, kerana terdapat andaian bahawa sokongan masyarakat itu terhadap BN ketika ini agak kurang memberangsangkan.

Sementara
itu, ramai pemerhati politik percaya Umno sekali lagi akan mendapat
sokongan padu pengundi Melayu seperti pada pilihan raya umum 2008.
Sebanyak 56 kerusi negeri akan menjadi rebutan di Johor, negeri yang dikenali sebagai kubu kuat BN. Pada 2008, prestasi BN tercalar sedikit apabila ia hanya memenangi 50 kerusi negeri, manakala DAP dan PAS masing-masing memenangi empat dan dua kerusi.
Bagi kerusi parlimen pula, BN mengekalkan 25 daripada 26 kerusi yang disandangnya, dengan satu kerusi terlepas ke tangan DAP.
Pengatur strategi BN berpendapat sokongan pengundi Melayu, dan dalam hal tertentu, sokongan pengundi India terhadap parti gabungan itu, nampaknya tidak perlu dirisaukan. Kini, kebimbangan mereka banyak berkisar tentang kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina.
Oleh itu, Tangkak dan Penggaram (kerusi negeri) serta Gelang Patah, Tebrau, Kulai, Pulai dan Muar (kerusi parlimen) dikenal pasti sebagai kawasan yang perlu mereka beri lebih banyak tumpuan untuk menarik sokongan pengundi Cina.
Berdasarkan satu analisis tentang demografi kerusi parlimen di selatan Johor, kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina ialah Pulai (40 peratus), Gelang Patah (54 peratus), Kulai (58 peratus), Tebrau (38 peratus), Pasir Gudang (40 peratus)dan Johor Baru (43 peratus).
Bagi kerusi negeri pula, kawasan yang memerlukan fokus khusus terhadap pengundi Cina ialah Pengkalan Rinting (44 peratus), Kempas (36 peratus), Skudai (66 peratus), Nusajaya (40 peratus), Bukit Permai (36 peratus), Bukit Batu (63 peratus), Senai (67 peratus), Tiram (31 peratus), Puteri Wangsa (47 peratus), Johor Jaya (49 peratus), Permas (30 peratus), Tanjong Puteri (32 peratus) dan Stulang (55 peratus).
Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh dilupakan ialah utara Johor juga mempunyai ramai pengundi Cina.
"Secara umum, jika dibandingkan dengan negeri lain, Johor lebih baik sedikit. Tidak ada isu di peringkat negeri kerana MB (Menteri Besar) sentiasa bekerja dengan begitu tekun untuk menyelesaikan pelbagai isu. Tambahan pula, dengan peranan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang melawat Johor tiga hingga empat kali sejak dua bulan lepas, saya rasa sokongan mereka
(pengundi Cina) akan bertambah," kata seorang pemimpin bahagian MCA yang enggan
dikenali.
Bagaimanapun, kata ADUN Penggaram Datuk Koh Chee Chai, sokongan pengundi muda Cina terhadap BN nampaknya sukar diteka. Ini kerana mereka masih gusar tentang pendidikan Cina dan perkara berkaitan alam sekitar seperti projek terminal minyak di Pengerang.
"MCA masih menghadapi masalah besar di kawasan majoriti Cina dan kami perlu bekerja bertungkus-lumus," katanya sambil menambah bahawa sebagai langkah pertama, parti itu perlu memastikan semua anggotanya mengundi BN.
Pada pilihan raya umum 2008, Pembangkang bertanding di 25 kerusi Parlimen di Johor – DAP enam, PAS lapan dan PKR 11. Bagaimanapun, hanya DAP mencapai kemenangan iaitu di Bakri.
Secara tradisi, seperti Sabah dan Sarawak, Johor juga dianggap sebagai "simpanan tetap" BN.
Dalam perkataan lain, sekiranya pembangkang ingin mengambil alih pentadbiran persekutuan, ia perlu memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah kerusi di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Daripada 25 kerusi Parlimen BN di Johor, UMNO menguasai 16, MCA tujuh, Gerakan satu dan MIC satu.
Pemerhati politik percaya masih sukar bagi pembangkang menawan satu pertiga daripada jumlah kerusi di Johor dan mereka perlu memenangi lapan lagi kerusi untuk mencapai impian itu.
Kata mereka UMNO masih terlalu kuat di Johor dan pembangkang hanya boleh mengharapkan mencapai kemenangan di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila ketua PAS Johor Mahfodz Mohamed berkata lebih sukar bagi parti itu meraih undi Melayu di Johor, berbanding undi kaum Cina dan India.
Beliau mendakwa satu tinjauan menunjukkan bahawa 70 peratus pengundi Cina dan 50 peratus pengundi India akan menyokong PAS.
Berdasarkan tinjauan itu juga, beberapa penganalisis berpendapat sokongan kaum Cina terhadap Pembangkang di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas 2008 dan terus bertambah kepada 79 peratus, manakala sokongan kaum Melayu terhadap Pembangkang pula kekal pada kadar 25 hingga 30 peratus.
Pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau berkata untuk memenangi satu pertiga daripada jumlah kerusi di Johor, Pembangkang memerlukan lebih ramai pemimpin kebangsaannya, terutama ahli politik kelahiran Johor, bertanding di negeri ini.
Antara ahli politik Pembangkang kelahiran Johor ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, ketua publisiti DAP, yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim. Kesemua mereka dilahirkan di Batu Pahat.
Anak Johor lain ialah setiausaha agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (lahir di Johor Bahru), naib presiden PKR, yang juga pengerusi PKR negeri (lahir di Muar) Datuk Chua Jui Meng, dan naib presiden PAS Salahuddin Ayub (lahir di Pontian).
Bagaimanapun, sumber dalaman BN percaya pengundi Cina di Johor akan mengambil pendirian rasional, terutama berikutan imej baik kerajaan yang terhasil daripada program transformasi Najib, walaupun mereka masih mempunyai pandangan tersendiri tentang isu rasuah.
"Mereka tertarik dengan sikap agresif PM (Perdana Menteri) apabila beliau cuba melaksanakan lebih banyak perubahan di negara ini. Ke mana saja PM pergi, anda dapat melihat begitu ramai hadirin, tapi apabila bercakap tentang NFC (National Feedlot Corporation), mereka mula membelasah kami," kata MP Simpang Renggam Liang Teck Ming.
Namun demikian, beliau percaya kebanyakan pengundi Cina masih belum membuat keputusan, manakala pemilihan calon menjadi faktor penting dalam mempengaruhi pengundi membuat keputusan muktamad masing-masing.
Bagaimanapun, apa yang pasti ketika ini ialah BN masih mempunyai kelebihan di Johor dan Pembangkang hanya boleh bermimpi untuk menguasainya.
- Bernama

kalai ni belum tahu.
ReplyDeletenice blog kang., follow back yaa.,
ReplyDeletesekalian ijin buka lapak nih.
Agen Obat Herbal Terpercaya
Jika agan-agan ada yang membutuhkan obat herbal seperti XAMthone Plus, Jelly Gamat Gold-G atau obat herbal lainnya, agan langsung PM aja saya
YM : a.beben18
phone : 089639456818
BARANG SAMPAI BARU BAYAR
info lebih lanjut silahkan lihat di http://agen.alternatif-herbal.com/search/label/pemesanan