Mohon klik iklan 1X yer

24 March 2012

Tribunal tidak akan ditubuhkan - kata PM

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang didakwa memerangkap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Ramli Yusuf.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, perdana menteri berkata ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

"Tidak (akan ditubuhkan). Itu merupakan dakwaan. Dakwaan perlu disahkan," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.