
Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata,
mangsa yang juga jiran lelaki itu dikatakan sedang mencuci pakaian di
rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.
Menurutnya, gara-gara terdengar bunyi seakan-akan kucing, mangsa
bertindak mencari arah bunyi itu sebelum ternampak seorang lelaki
berbogel sambil menunjukkan kemaluan ke arahnya.
“Terkejut dengan tindakan lelaki ini, mangsa bergegas masuk ke dalam
rumahnya sebelum membuat laporan polis bagi memaklumkan kejadian
tersebut.
“Sepasukan polis telah dikejarkan ke tempat kejadian dan pemeriksaan
awal mendapati lelaki ini tiada di premisnya,” katanya kepada pemberita,
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.
Kok Liang berkata, ketika kejadian, suspek dikatakan turut mengambil
minuman beralkohol dan kelakuan tidak bermoral berkenaan berkemungkinan
di bawah pengaruh alkohol.
“Kami sedang mengesan lelaki ini bagi membantu siasatan.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh
membawa hukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit
kesalahan,” katanya.
Tambahnya, sebelum ini, lelaki berkenaan dilaporkan pernah melakukan aksi lucah melampau kepada beberapa orang jirannya.
~Sinar harian edisi perak
~Sinar harian edisi perak
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.