Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, skim
Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dibatalkan kerana terdapat agensi
kerajaan tidak faham peranan masyarakat sivil sebelum ini dan tidak
mengadakan rundingan sepatutnya.
Sambil meminta orang ramai belajar daripada kes itu, Saifuddin (bawah)
menegaskan perlunya "perundingan tulen"dan pengiktirafan kepada sektor
lain, termasuk sektor pembangunan, perniagaan dan masyarakat sivil.
"Perlu
ada perundingan tulen antara agensi kerajaan dengan sektor-sektor
itu,bukannya sekadar alar kadar atau melepas batuk di tangga sahaja,"
kata anggota majlis tertinggi Umno itu.
Datuk Seri Najib Razak
hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dibalkan dan
Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.
Mengumumkan
dalam perjumpaan khas dengan ribuan penjawat awam di Putrajaya, Najib
berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam
yang tidak berpuas hati.
Dalam kenyataannya sejurus selepas SBPA
dibatalkan, Saifuddin berkata, tindakan itu membuktikan usaha perdana
menteri untuk mengiktiraf suara rakyat.
"Beberapa hari lalu PM kata kerajaan nak tingkat peranan masyarakat sivil. Hari ini PM mengotakan katanya," kata Saifuddin lagi.
SBPA
sebelum ini ditentang hebat oleh pembangkang dan kakitangan kerajaan
melalui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) yang mahu gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi
dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.