Jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi menyiasat keselamatan kilang
nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan hanya bertujuan mengetepikan
kritikan demi kritikan sehingga pilihan raya umum akan datang, dakwa
anggota parlimen PKR.
Wakil
rakyat Kuantan Fuziah Salleh memberi amaran, apabila Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak mendapat mandat baru kelak, projek yang
bertentangan dengan hasrat rakyat itu akan diteruskan.
"Apabila beliau kembali ke tampuk kuasa selepas pilihan raya umum, beliau boleh memberikan jalan kepada Lynas beroperasi walaupun telah melihat betapa rakyat membantahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerajaan juga didakwa cuba menangguhkan masa supaya usaha di masa depan untuk membatalkan projek itu akan terhalang dengan peningkatan kos pampasan yang dijangka meningkat.

No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.