Khaled Nordin nasihatkan mahasiswa undi Pakatan Rakyat
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menasihatkan mahasiswa yang
menyokong pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) supaya tidak mengambil jalan lain selain peti undi.
Beliau
mempersoalkan tindakan kumpulan mahasiswa hendak berdemonstrasi pada 14
April depan sedangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.
Jika
terdapat parti yang mahu memansuhkan PTPTN dan pinjaman pelajaran,
mahasiswa boleh memilih parti itu, kata Khaled ketika ditemui dalam
pesta pendidikan di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pembangkang
sebelum ini berjanji memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma
hingga ke peringkat universiti sekiranya menawan Putrajaya dalam
pilihan raya umum akan datang.
Ikrar itu dikongsi parti rakan PAS yang turut mahu menghapuskira pinjaman yang belum dibayar.
~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.