Alamat yang tidak diketahui dikesan paling tinggi di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, menurut NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre.
Pemangku
Pengerusi NIEI, K Shan (kiri) berkata "sikap perkhidmatan awam" yang
pasif terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kegagalannya mengikut
perubahan di tempat-tempat mengundi, serta kekurangan menjalankan
pengauditan dan pengesahan, turut menyumbang kepada masalah tersebut.
Pengarah program Merdeka Centre, Ibrahim Suffian menambah bahawa alamat yang tidak sah itu bukan dibuat secara sengaja atau dengan niat jahat tetapi adalah disebabkan oleh proses urbanisasi.
Peratusan tinggi (69 peratus) pengundi yang tidak tinggal di alamat berdaftar mengundi mereka, menjadi kebimbangan utama dan satu amalan demokrasi yang tidak sihat. Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya 'pertama melepasi pos' (memenangi kerusi majoriti tetapi tidak bermakna mendapat peratus pengundian tertinggi), yang direka khusus untuk memboleh penduduk sebenar memilih wakil mereka mengikut keperluan tempatan.
Audit yang dijalankan dari 4 Jun hingga 6 Julai 2011, membabitkan sampel 2,400 pengundi yang dipilih secara rawak di seluruh 240 daerah mengundi dari 60 kawasan parlimen di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, yang berdasarkan kepada daftar pemilih yang dikemaskini bagi suku terakhir 2010.
Pembanci diperlukan mengesan dan mengesahkan alamat dan identiti pengundi yang dipilih itu sebelum menemubual mereka. Sekiranya pengundi tidak dapat dikesan di alamat berkenaan, pembanci akan mengesahkan identitinya dengan jiran mereka.
Ini adalah audit yang pertamakali dijalankan secara formal dan bebas ke atas daftar pemilih sejak pilihan raya umum pertama pada tahun 1959.
Negeri-negeri
lain dengan peratusan yang tinggi bagi alamat yang tidak sah adalah
Negri Sembilan (26 peratus), Selangor (14 peratus) dan Melaka, Perak dan
Terengganu (10 peratus).
Kawasan bandar juga mencatatkan peratusan yang tertinggi pengundi yang tidak dapat dikenal pasti (mereka yang tidak boleh dikesan di alamat dan tidak dikenali jiran-jiran mereka) seperti Kuala Lumpur (70 peratus), Selangor (45 peratus) dan Melaka (38 peratus).
Audit itu menunjukkan bahawa kebanyakan pengundi terbabit adalah belia dan warga emas.
Golongan belia tersebut kesuntukan masa untuk mengemaskinikan maklumat dalam MyKad mereka kerana jadual kerja yang sibuk dan kekurangan proses yang mesra rakyat, manakala golongan warga emas pula tidak dapat untuk mengemaskini data mereka kerana sukar bergerak dan kekurangan perkhidmatan yang sesuai yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk mereka.

~Malaysiakini
haha. tak pa kita tunggu saja perkembangan seterusnya.Dengaq kata pasemboq kat penang rm50 sepinggan betoi ka?
ReplyDelete