Mohon klik iklan 1X yer

29 March 2012

Maksiat hotel bajet saja diserbu

~ Syed Abdullah Jamalullail

Syabas kepada pegawai penguatkuasa anti maksiat daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Wlayah Perseketuan yang kerap kali membuat operasi ke hotel-hotel dan tempat-tempat rekreasi yang lain untuk mencekup mereka yang melakukan khalwat ataupun penzinaan yang terkutuk itu dan begitu juga pusat-pusat pelancuran dan rumah urut.

Walaupun begitu diperhatikan pusat-pusat dan tempat maksiat serta berlakunya penzinaan haram di bilik-bilik hotel dan di kawasan taman perumahan nampaknya menjadi-jadi dan bukannya semakin berkurangan dan apakah puncanya solah-olah kebanyakkan umat Islam di negara ini mencabar kewibawaan jabatan agama iu sendiri sehingga tidak merasa gerun di hati mereka kepada hukuman yang menanti itu nanti.

Ini adalah kerana selagi hukum yang Islam bawa melalui ajaran Al-Quran yang diperintahkan supaya manusia patuhikan itu tidak diikuti sepenuhnya. Kita lebih yakin dengan kaedah perundangan daripada apa Yahudi dan Nasrani bawa lagi daripada hukum yang dibawa oleh Rasulullah SAW bawa itu sendiri. Di manakah akuan kita untuk mengikut sunnah Nabi jika sekiranya kita sendiri memandai-mandai mengubah apa yang ditetapkan dan tergamak kita menodai segala sunnah yang dibawa itu?

Dalam pada itu agak musykil juga mengapa hanya hotel-hotel bajet sahaja diserbu bagai nak rak tetapi hotel bertaraf 5 bintang atau 6 bintang seperti seolah-olah tutup sebelah mata sahaja dan begitu juga kenapa hanya rumah-rumah urut yang kecil-kecil sahaja diserbu sedangkan rumah urut eksklusif dan nampak mewah itu dibiarkan begitu sahaja dan mengapa taman perumahan yang bertaraf kondo yang mewah yang mempunyai pegawai sekuriti 24 jam itu tidak dibuat pemeriksaan jika sekiranya ada berlakunya maksiat dikalangan umat Islam di sana dan apakah keistimewaan mereka yang berkedudukan tinggi atau kaya ini sehingga diberikan kelanggaran begitu rupa?

Kalau benar-benar pegawai penguatkuasa anti maksiat daripada Jabatan Agama Islam ini prihatin sudah tentu tiada pilih bulu agar ianya berlaku adil kepada semua dan bukannya menetapkan atau menentukan kawasan untuk mencekup orang awam bawahan sahaja tetapi membiarkan golongan elit bergelumang dengan segala kemaksiatan.

Ingat Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala niat dan kerja-kerja kita dan Allah tegas dengan segala hukumannya dan itu adalah janji Allah. Insaflah wahai para alim ulamak jangan gadaikan maruah agama dan duduk diam takut untuk bersuara kerana sayangkan kedudukan dan wang ringgit yang tidak seberapa itu dan ingat bahawasanya seseorang itu selamat atau pun tidak di akhirat kelak bukan kerana amalannya tetapi rahmat Allah yang menentukannya nanti.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.