Kerajaan Malaysia tegas dengan syaratnya supaya Lynas Corporation (Lynas
Corp) mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Australia untuk
menghantar sisa dari kilang nader buminya di Kuantan, kata Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Setakat ini, katanya, Australia belum menghubungi Malaysia secara formal sama ada berhasrat untuk menolak sisa berkenaan dari loji tersebut.
"Kita telah meletakkan syarat. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka perlu mencari tempat lain untuk membuang sisa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Kerajaan telah menetapkan lima
syarat khas bagi membolehkan Lynas Corp mendapat lesen Operasi Sementara
di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).
Syarat itu termasuk menentukan lokasi bagi Kemudahan Buangan Sisa Tetap (PDF).
Sementara itu, Ongkili berkata, sebuah panel penilaian sembilan anggota terdiri daripada pakar-pakar dari agensi kerajaan dan badan swasta telah dibentuk bagi mengendali audit kejuruteraan ke atas kilang yang dicadangkan itu.
"Kami mahu mereka melakukan pemeriksaan rawak, kerana rakyat mempersoalkan sama ada mereka (kilang) melakukan perkara yang betul," katanya.
Terdahulu, ketika menggulung usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu, Ongkili menegaskan bahawa segala tindakan kerajaan adalah berdasarkan peraturan dan prosedur semasa serta mematuhi standard antarabangsa.
Katanya, kerajaan akan sentiasa membuat penambahbaikan dan mendapatkan penglibatan orang awam khususnya penduduk di sekitar Kuantan supaya pengertian yang betul dan maklumat yang tepat diperolehi oleh semua pihak.
- Bernama

ikut menyimak.... salam kenal yah!
ReplyDelete