Ini, katanya, adalah kerana terdapat kurang daripada sepuluh tahun sebelum cita-cita negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, berakhir.
"Dasar itu adalah betul tetapi pelaksanaan tidak berhasil. Disebabkan kekangan masa, kita tidak boleh mengulangi (kesilapan) lagi. Menjelang 2020, rakyat akan bertanya di mana kita sekarang.
"Kali terakhir apabila kita melakukan kesilapan, kita boleh mengkaji semula, tetapi kali ini masa tidak di pihak kita, kali ini kita mesti pastikan ia dilaklsanakan dengan betul," kata Najib semasa perjumpaan dengan pesara kakitangan awam di Shah Alam hari ini.Beliau berkata polisi kerajaan dalam membantu Bumiputera sudah betul tetapi ada yang tidak kena daripada segi pelaksanaannya.
Menurutnya,
pelaksanaan agenda Bumiputera perlu dibuat melalui usaha membangunkan
usahawan dan tokoh korporat Bumiputera yang berdaya maju dan berkemampuan
untuk bersaing.
Najib berkata usaha menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 merupakan cabaran besar yang dihadapi beliau sejak menjadi perdana menteri, dan menegaskan Malaysia memerlukan satu model ekonomi dan pakej baru yang sesuai untuk mencapai hasrat itu.
Beliau menjelaskan negara memerlukan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya antara lima dan enam peratus setahun bagi menjana kekayaan negara yang akan menjadikan Malaysia negara maju.
Najib menarik perhatian bahawa dasar transformasi kerajaan tidak akan tercapai melainkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat termasuk Selangor, kembali diperintah Barisan Nasional (BN).

~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.