Mohon klik iklan 1X yer

25 March 2012

Hassan Ali betul

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbelanjaan pengubahsuaian pejabat exco agama sebelum ini Datuk Dr Hasan Ali bernilai RM300,000 - yang didakwa sebagai pembaziran - dibuat mengikut tata cara perbendaharaan.

Justeru, katanya, tiada tindakan akan diambil kepada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu yang kini memimpin NGO baru Jalur Tiga (JATI), lapor Sinar Harian.

"Kita amalkan polisi ketelusan umpamanya saya kena bentangkan perbelanjaan dan penggunaan dalam Selangor, sudah tentulah orang boleh bangkitkan atau nyatakan apabila mereka lihat nilai tersebut," beliau dipetik sebagai berkata selepas merasmikan Muzium Insitut Jugra, di Kuala Langat, semalam.
Bagaimanapun, kata Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.

Jumaat lalu, Azmin mendedahkan Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000, sedangkan menteri besar sendiri tidak ubah suai pejabat.

Semasa perbahasan titah diraja di DUN Selangor, Azmin mendakwa Hasan membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat dan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.



~Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.