Tidak
banyak perbezaan media massa di negara ini mengendalikan maklumat sejak
merdeka pada 1957. Hanya peralatan bekerja yang berubah. Daripada zaman
mesin taip dan kamera analog kepada perkakasan multimedia serba
canggih.
Wartawan penyiaran era sebelum merdeka tidak mungkin mampu
mengoperasikan setiap sesuatu yang dimiliki di studio stesen televisyen
moden. Manakala wartawan akhbar generasi Pak Sako tidak berupaya menulis
berita sekiranya masuk ke bilik berita suratkhabar masakini yang serba
canggih.
Kelayakan wartawan juga berubah. Jika pada 1950an, kewartawanan
dianggap tidak boleh dilatih sebaliknya bakat semula jadi. Kini wartawan
datang dari universiti terbaik dalam dan luar negara. Tidak
menghairankan jika wartawan dan editor di Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan sebagainya pulang dari Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia. Negara yang terkenal dengan kebebasan media.
Berat sebelah
Namun begitu, mengapakah wujud berita berat sebelah yang amat
menyakitkan hati warganegara Malaysia? Di Kelantan berita paling kerap
disiarkan stesen televisyen ialah perampasan tanah. Kononnya rampasan
berlaku di banyak daerah, terutama di Gua Musang. Anak syarikat kerajaan
negeri mengambil alih tanah-tanah milik rakyat yang telah ditanam
kelapa sawit, getah serta pohon buah-buahan untuk dijadikan ladang
komersial.
Setiap bulan rakyat Kelantan menunjuk perasaan membantah perampasan
itu. Kaum wanita menangis meminta simpati. Sekiranya rakyat menekuni
slot Berita Perdana TV1, sejak Kelantan diperintah PAS pada 1990 maka
telah berlaku perampasan tanah seluas ribuan hektar. Cuma yang menjadi
tanda tanya, mengapakah tidak ada satu pun kes rampasan tersebut
difailkan di mahkamah?
Hakikatnya,
hampir mustahil untuk menyaman kerajaan negeri kerana tanah-tanah yang
diambil itu hanya memiliki lesen menduduki sementara (TOL) malah
sesetengahnya tidak langsung memiliki apa-apa dokumen. Dalam
undang-undang, tanah tanpa geran hak milik kekal adalah milik kerajaan.
Rakyat boleh bercucuk tanam selagi mana kerajaan tidak menggunakannya.
Justeru itu, untuk apakah stesen tv memperbesarkan isu rampasan tanah
jika mereka menjunjung etika kewartawanan?
Di Selangor, berita yang paling banyak dilaporkan ialah rasuah di
kalangan Exco, Adun dan Ahli Majlis Tempatan. Setiap bulan ada sahaja
berita yang dikaitkan dengan penyelewengan pentadbiran kerajaan negeri.
Bahkan, bahan buangan seperti sampah pun cuba dikaitkan dengan gejala
rasuah. Apatah lagi perniagaan perlombongan pasir.
Isu skandal pasir yang didedahkan oleh Raja Petra Kamarudin dimainkan
berminggu-minggu lamanya. Kononnya skandal itu melibatkan pembunuhan.
Mereka terlupa pembunuhan hanya berlaku sekiranya BN terlibat. Pemimpin
PR tidak sinonim dengan kaedah penyelesaian mengambil nyawa orang lain.
Skandal BMF membabitkan kroni Umno menatijahkan pembunuhan pegawai
penyiasat Malaysia di Hong Kong, skandal kapal selam Scopene menyebabkan
Altantuya Sharibuu dibom di Shah Alam.
Faktanya, syarikat yang dituduh berniaga pasir itu menjalankan
operasi perladangan kelapa sawit. Mengapakah wartawan tidak melakukan
penyelidikan sebelum mendedahkan berita?
Wartawan alternatif
Hal inilah yang menimbulkan kecemburuan di kalangan wartawan media
alternatif; laman web bebas mahu pun akhbar parti pembangkang. Wartawan
di sana terpaksa bekerja keras menyelidiki fakta. Editor akan memaki
hamun seadainya maklumat yang disiar tidak berasas, apatah lagi
direka-reka.
Sedangkan wartawan media arus perdana yang kualiti kelayakan akademik
mereka jauh lebih tinggi tidak perlu berpegang kepada disiplin serupa.
Editor pula dibenar mengubahsuai berita secara bebas. ‘Tak rela diliwat
lagi’ tajuk depan sebuah akhbar proUmno suatu ketika dahulu. Selepas
Anwar dibebaskan pada 9 Januari mereka membina tajuk, Anwar ingin
menghapuskan undang-undang anti homoseksual.
Wartawan
dan editor media alternatif tidak dibenar menyiarkan perkataan seumpama
itu. Malah ketika pengawal peribadi Anwar, Fayyad Afiq Albakqry
ditembak kanister gas pemedih mata dan gambar pipinya yang remuk
disiarkan oleh Suara Keadilan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia memanggil jurugambar akhbar itu untuk disiasat atas tuduhan
memalsukan gambar. Kononnya Fayad tidak cedera. Gambar tersebut
diubahsuai.
Tulisan mendakwa kanister pemedih mata yang digunakan polis dalam
menyuraikan peserta Bersih 2.0 sama seperti digunakan polis Israel
menyebabkan wartawan disiasat di bawah Akta Hasutan. Wartawan yang
berbekalkan fakta paling tepat sewenang-wenangnya dipersalahkan. Namun
hal itu tidak berlaku ke atas media arus perdana.
Tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka menggesa orang Melayu
mengangkat parang mempertahankan hak daripada dirampas etnik Cina.
Paling kuat, kerajaan mengeluarkan surat amaran. Oleh itu, wartawan
tidak takut dengan sebarang akta, asalkan berita tersebut menguntungkan
BN maka ia kebal daripada tindakan undang-undang.
Tindakan lain yang boleh dilakukan ke atas mereka adalah saman malu
oleh individu yang dirugikan. Namun saman sekiranya bersalah bukan
dibayar oleh wartawan, sebaliknya syarikat media. Syarikat media arus
perdana beberapa kali hampir gulung tikar pada hujung 1990an dan awal
2000. Mereka diselamatkan mengunakan dana dari parti politik yang
menjadi pemilik saham terbesar. Maka, rakyat sedia maklum dari sumber
manakah media ini membayar saman bernilai jutaan ringgit.
Rasuah media
Wartawan
media arus perdana juga sering didampingi pemimpin politik. Sekiranya
pemimpin tertentu ingin bertanding jawatan parti atau ketika menghadapi
pilihanraya, waktu itulah lubuk emas bagi para wartawan politik. Mereka
akan dijamu makan dan diberi hadiah sewaktu membuat liputan. Wang saku
beberapa ratus ringgit adalah perkara biasa. Malah ada yang dihantar
bercuti keluar negara.
Sedangkan wartawan media alternatif tidak diperlakukan sedemikian.
Pemimpin Pakatan Rakyat tidak digalakkan mempunyai hubungan rapat dengan
wartawan. Hanya 10 peratus wartawan media alternatif dikenali oleh
pemimpin parti. Bukan perkara lucu jika mereka tersalah sangka wartawan
media parti adalah wartawan arus perdana. Juga perkara biasa pemimpin
enggan menjawab soalan kerana tidak kenal seseorang wartawan. Dengan itu
rasuah mustahil terjadi.
Akibat keterlaluan terdedah dengan gejala rasuah, maka timbul satu
sindrom di kalangan para wartawan dan editor media arus perdana mengampu
untuk mendapat sebanyak mungkin habuan. Pada ketikanya mereka
‘membunuh?musuh politik lebih kejam daripada para pemimpin BN sendiri.
Sebab itu media di Malaysia mengalami keruntuhan etika yang parah.
Wartawan di negara ini mungkin setaraf rakan sejawatan di negara komunis
yang terkongkong. Demokrasi media hanya dibenar dipraktikkan di dalam
rancangan gosip artis. Hanya program gosip membenarkan kedua-dua belah
pihak berdebat dikaca tv secara telus.
Sedarlah para wartawan, setiap perkara yang dilaporkan akan menjadi
beban fikiran kepada generasi akan datang. Sekiranya remaja dibekalkan
berita lucah dan fitnah maka mereka akan membesar menjadi penzina dan
pendusta.
Jangan jadikan pemimpin BN sebagai contoh, mereka meluluskan kelab
hiburan yang dijadikan sarang aktiviti gay di Bukit Bintang kemudian
menuduh PR mahu merubah undang-undang seksualiti. Pihak yang meluluskan
lebih mulia daripada pihak yang menegur. Kelihatannya, ‘nilai gila?
inilah yang cuba disemai oleh para editor media arus perdana.
~ Wira Rakyat
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.