CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan
pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut
Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Presiden
CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera
kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan
pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat
kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.
"Perdana
Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru
kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita
sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat
kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.
"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di Nilai hari ini.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.