
Malah, penduduk setempat mendakwa, penduduk di 'perkampungan langit' itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah rumah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah rumah sekarang, lapor Berita Harian.
"Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.
Harian itu melaporkan, kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.
Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang 'kesaktian' selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.
JHEAT: Pengikut tegar masih menetap
Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him, 49, lapor Berita Harian lagi.

Sementara itu, akhbar itu juga melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut.
Pesuruhjaya JHEAT Mohd Rozali Salleh dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasa jabatan berkenaan sudah diarah melakukan pemantauan berterusan serta mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.
Bagaimanapun, katanya, hasil pemantauan dilakukan ajaran itu sudah dihentikan, tetapi pengikut tegar masih menetap di perkampungan itu.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.