
Bercakap kepada wartawan di Hospital Besar Kuala Lumpur, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.
"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.
Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa.Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawap pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.
"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya.
"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.

Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.
Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.
Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.
Kak Jat jangan letak jawatan,, jangan mengalah kak jat oi. Urat dawai tulang besi nak takut apa. lawan tetap lawan. Siasahkini sokong Kak Jat. Kalau Kak Jat bersalah sekalipun Jawatan jangan dilepaskan. sayang tu jawatan kalau terlepas. Bukan senang nak dapat jawatan sekarang ni. Kekalkan jawatan yang di bolot sekarang ni sampai Najib Umum pilihanraya. Pastu kita lawan pulak. SK
~ Siasahkini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.