Zulkifli Noordin dan Utusan Disaman
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof
Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar
Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata fitnah.
Dalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, ketua pengarang kumpulan akhbar Utusan Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.
Beliau
memfailkan saman itu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates
pada 22 Disember tahun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan
tuntutan itu hari ini.
Peguam Azhana Mohd Khairudin, yang
mewakili Abdul Aziz, memberitahu pemberita bahawa timbalan pendaftar
Mahkamah Tinggi Norhatini Abdul Hamid menetapkan 10 Februari ini untuk
pengurusan kes itu semasa menemui pihak-pihak yang terlibat dalam
kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.
Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Aziz mendakwa Zulkifli (kanan) pada 17 Oktober tahun lalu telah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia sehari selepas itu dalam satu artikel bertajuk "Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari".
Abdul
Aziz mendakwa kata-kata fitnah itu adalah secara langsung merujuk
kepadanya kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik dalam
artikel itu.
Beliau berkata kata-kata fitnah itu di dalam makna
asal dan biasa bermaksud beliau antara lain adalah seorang individu dan
professor undang-undang yang kurang ajar dan biadab serta tidak layak
menjadi pensyarah undang-undang.
~ Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.