Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung
Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu
sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah
disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.
Menurut
penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul
Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas
beliau dibebaskan daripada tahanan polis.
Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.
Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.
"Mereka
belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa
universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim.
Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.
Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.

Pada kejadian itu, kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang dilaporkan cedera.
Sumber : Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.