Mohon klik iklan 1X yer

30 September 2011

Ilmu dan Adab

PESANAN SAIDINA ALI R.A., "Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ILMU dan ADAB itu yang menjadi hiasan diri seseorang.. 


Bukanlah YATIM seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ILMU DAN ADAB".

27 September 2011

Jodoh Kerang

Oleh - Abdul Ghalib Yunus, Munsyi Dewan


Soalan:
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerang? Seketul kerang, sebiji kerang atau seekor kerang? Terima kasih.
Daripada:Leen


Jawaban:
Setiap benda yang konkrit dalam bahasa Melayu lazimnya mempunyai penjodoh bilangan. Begitu jugalah halnya dengan `kerang’. Untuk menggunakan atau meletakkan penjodoh bilangan pada sesuatu perkataan, beberapa perkara perlu diambil kira. Pertama, kita mestilah megambil kira bentuk dan keadaan benda tersebut semasa kita memperkatakannya. Sebagai contohnya, jika `kerang’ itu berbentuk seperti ketulan dan tidak bergerak, kita boleh meletakkan penjodoh bilangan `ketul’, iaitu `seketul kerang’. Jika ukuran `kerang’ tersebut sebesar guli, kita boleh menggunakan penjodoh bilangan `biji’, iaitu sebiji kerang. Jika kita melihat kerang itu bergerak-gerak di dalam laut, kita boleh menggunakan penjodoh bilangan `ekor’, iaitu `seekor kerang’.
Jika `kerang’ tersebut melekat-lekat antara satu dengan yang lain dalam bentuk `gugus’, maka penjodoh bilangan yang boleh kita gunakan ialah `segugus kerang’. Namun demikian, dalam kehidupan seharian, kita sering menggunakan penjodoh bilangan `mangkuk’ jika kerang itu diletakkan di dalam mangkuk seperti `semangkuk kerang’. Jika `kerang’ tersebut diletakkan di dalam pinggan, kita akan menggunakan penjodoh bilangan `pinggan’, iaitu `sepinggan kerang’. Dari segi berat pula, kita akan menggunakan penjodoh bilangan `kilogram’ seperti `dua kilogram kerang’.
Kesimpulannya, perkataan `kerang’ mempunyai penjodoh bilangannya. Namun demikian, kita tidak boleh membuat ketetapan khas tentang penjodoh bilangan bagi `kerang’. Hal ini dikatakan demikian kerana penjodoh bilangan untuk `kerang’ ada pelbagai. Penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerang bergantung pada keadaan bentuk `kerang’ atau keberadaan kerang seperti di dalam mangkuk, di dalam laut atau untuk timbangan atau sukatan. Penggunaan perkataan `semangkuk’, `sepinggan’, `sekilogram’, dan sebagainya lebih kepada sukatan, bukan penjodoh bilangan tetapi boleh berfungsi sebagai penjodoh bilangan.

21 September 2011

SEKADAR LAWAK JENAKA


Pelanggan   :hei budak, meh sini kejap.
pelayan         : ye saye, ada apa encik?
pelanggan    : saya ada masalah dengan sup saya ni.
pelayan         : kenapa encik?
pelanggan    : cuba kamu rasa sup ni...
pelayan         : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?
pelanggan    : tak, cuba kamu rasa dulu...
pelayan         : ke sup ni terlalu panas?
pelanggan    : tak, cuba kamu rasa dulu...
pelayan         : ok, baiklah... em, mana sudunya?
pelanggan    : haaa... tu la masalahnya... (^.^)

18 September 2011

Just follow the Tracks


3 men are stranded in the middle of the Canadian Forest and they don't know where they are at. They decide that they have to find some food. So the first man leaves and tells the other 2 that he is going to get some food.

Several Hours later, he comes back with a deer over his shoulder. The other 2 are amazed and ask him how he got a deer with no weopans. He replies, " I find tracks, i follow tracks, i get deer". They both are slightly confused but let it go.1 week later, they have eaten the deer, so they need to get more food. The second guy leaves and says that he is going to get food. He comes back a couple hours later with a elk over his shoulder. The other 2 ask how he got the elk. He simply replies, "I find tracks, i follow tracks, i get Elk".5 days later, they have eaten the elk, so they need more food. The third guy, feeling very cocky, thinks to himslef, " This is going to be a piece of cake. The other guys got the other animals so easy. I'm going to get an animal better than their's put together!". So he leaves to get some food. They wait a couple hours... he doesn't come back. They wait another couple hours, he is still missing.
Finally, after 9 hours of waiting, they see him coming back. His clothes are torn rags, he is covered in dirt with scrapes and bruises all over his body. He is bleeding from different gashes in his arms and legs along with one on the side of head. They ask, " What happened!". He looks at them, wide-eyed and confused, and replies, " I find tracks, I follow tracks, i get hit my train".

11 September 2011

Bukan Fantasi, Tapi Realiti

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan."
(Surah Al-An'am: 32)

10 September 2011

Marilah Mari Kita Mengundi

Tunaikan hak anda sebagai warganegara. Malaysia memerlukan kita. 

6 September 2011

Kehebatan Cinta

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta walaupun hanya mendekatinya.
"Lelaki tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin." (Surah an-Nur: 3)
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (Surah an-Nur: 3o)

Sabda Rasulullah SAW:
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

2 September 2011

Munafik Suka Bersumpah

Antara sifat orang-orang munafik tu ialah suka bersumpah
Apabila orang munafik datang kepada engkau, mereka berkata: "Kami menyaksikan (mengakui) bahawa sesungguhnya engkau benar-benar rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya engkau benar-benar rasul-Nya, dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya orang munafik itu benar-benar pendusta.*Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi  daripada jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan.
Al-Munafiqun ayat 1 dan 2 [Al-Munafiqun]