Mohon klik iklan 1X yer

24 December 2011

Jom Sihatkan Tubuh Badan.

"Seorang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah, dan pada setiap keduanya ada kebaikan."
                                                                                     (Riwayat Muslim) 
PETUA IMAM SYAFIE
Catatan : Ishak Ismail
 Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Tidur merupakan salah satu keperluan setiap manusia. Setiap orang memerlukan istirahat dan tidur yang berbeda-beda. Pola tidur yang baik dan teratur akan memberikan efek yang baik terhadap kesihatan.
Tahukah anda bahawa terdapat kategori cara kita tidur. Sedikit sebanyak pengetahuan ini membantu kita mengamalkan cara tidur yang betul untuk manfaat kita bersama. Berikut adalah cara tidur dengan cara yang betul :-

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal
Catatan : Ishak Ismail

1 comment:

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.