Mohon klik iklan 1X yer

4 October 2011

PERBUATAN YANG LUAR BIASA


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.
Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.
Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.
Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli. Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.
Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”
Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,
”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”
Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.
Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.
Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayangi keluarga masing-masing. Jangan kerana pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.

24 comments:

  1. sedihnyer~
    kecik je lagi tapi boleh buat smua tu...
    hope dia bjaya bsar nti...

    ReplyDelete
  2. memang layak pun dia dapat anugerah tue ;)

    ReplyDelete
  3. Tabahnya dia....anugerah itu memang layak untuknya.

    ReplyDelete
  4. entri yg bagus
    smoga smua dpt faedah :)

    ReplyDelete
  5. masyaAllah..
    anak yangluar biasa...

    ReplyDelete
  6. yeke ni? fuhh.. org cina mmg kdng2 sgt tabah.. Pernah terbaca seorang lelaki yang bekerja menjual tin kosong. Apabila meninggal dunia mendermakan duit yang disimpan hasil penjualan tin kosong tu ke rumah kebajikan. (agak byk jumlah die tp tak igt berapa)

    ReplyDelete
  7. sweetnya... bahagia kalau ada anak macam tu.. fyza pun x mampu buat apa yg dia buat.. kagum betul

    ReplyDelete
  8. yup!!~~entry yang bagus..semoge entry niy jadi tauladan anak-anak diluar sane..mahupun dari saye sendiri..yang penting jangan pentingkan diri..

    ReplyDelete
  9. mmg sgt luarbiasa...brbeza dgn budak2 skrang yg trlalu dimanja...smpai xtau nk berdikari sendiri...pakai kasut skolah sendiri pun xtau..huhu

    ReplyDelete
  10. terbaik.melihat anak orang buat kita terfikir..adakah anak kita akan begitu?

    ReplyDelete
  11. artikel motivasi yang luarbiasa karena berdasarkan kisah nyata :)
    terimakasih kawan sudah berbagi

    ReplyDelete
  12. sangat tabah... sedih bile mengenangkan kanak2 seusia dengan nyer yang makan masih di suap dan mandi pun perlu di mandikan... :(

    ReplyDelete
  13. Budak tu memang layak sesangat. Kisah hidup dia memang sedih sesangat. tabah boy

    ReplyDelete
  14. Salam,
    menarik dan menyentuh..terimakasih berkongsi

    ReplyDelete
  15. inilah contoh..patut di filemkan.. menitis air mata membaca

    ReplyDelete
  16. sedih...baru 10tahun. sebaye adik aku.adik aku punye la manja yang amat. waaaaaaaaaaaa.

    ReplyDelete
  17. Zull best regards from Greece!!

    ReplyDelete
  18. Benar-benar perbuatan yang luar biasa, bagi seorang anak yang baru berumur 10 tahun! Kepada sesiapa yang sudah berumah tangga, ingat-ingatlah pesan si Zhang Da tu...

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.