Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label Suruhanjaya Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Suruhanjaya Pilihan Raya. Show all posts

30 September 2012

SPR memang mantap.

Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim ( gambar ) seperti mana yang ditemui di dalam laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka perolehi.

Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang atau sengaja dilakukan walaupun kesalahana dan kecatatan itu boleh diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.

13 January 2012

Ada pihak halang saya guna dakwat - Tan Sri Rashid

M Faqih, 13 Januari 2012
KOTA BHARU, 13 Jan: “Saya dah nak buat pada pilihan raya umum lalu, namun ada pihak yang halang,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengulas cadangan menggunakan dakwat pada pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau kalau kerajaan hendak buat sekarang elok benarlah kerana cadangan itu sudah cuba dilakukan SPR pada pilihan raya umum lepas namun ada halangan tertentu.

Isu penggunaan dakwat menghangatkan Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre malam tadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nazri Abdul Aziz cuba berdalih setelah pekungnya didedah Abdul Rashid.

Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen itu bersama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa juga bertindak sebagai ahli panel pada wacana siri ke-9 terbabit. Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator.