Mohon klik iklan 1X yer

11 November 2014

Patutlah tak cukup ubat

Laporan Ketua Audit Negara 2013 mendedahkan bahawa berlaku kecurian stok ubat berjumlah RM1.21 juta di Hospital Kuala Lumpur (HKL).   

Laporan itu juga mendedahkan situasi yang sama berlaku di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang mencecah jumlah sebanyak RM240,000

Laporan itu menyebut, pada November 2011, satu kes kecurian 68 jenis stok ubat berjumlah RM1.21 juta telah berlaku di Substor Farmasi Neurosains dan Substor Farmasi Urologi/Nefrologi HKL.

Satu laporan polis dibuat pada 27 Disember 2011.

Dalam laporan itu, sebahagian daripada stok ubat tersebut bernilai RM740,000 telah dijumpai semula pada Januari 2012.

"Hasil siasatan yang dijalankan oleh HKL mendapati kecurian ini dilakukan oleh orang dalam yang sentiasa berurusan dengan pihak stor serta mengetahui kelemahan pengurusan kunci substor.
"Kes kehilangan tersebut telah diputuskan untuk dihapuskira oleh Perbendaharaan, manakala tindakan surcaj/tatatertib hanya akan dikenakan ke atas mana-mana penjawat awam setelah siasatan polis diselesaikan memandangkan kehilangan disebab berlakunya kecurian," laporan itu dipetik.

Kata laporan itu lagi, pada Disember 2013, satu kes kecurian control panel model Shimadzu dilapor berlaku di Bilik Radiografi Jabatan Pengimejan Diagnostik HKL.

Alat itu adalah sebahagian daripada komponen General X-ray di mana kos keseluruhan perolehannya berjumlah RM300,000.

"Kecurian control panel ini mengakibatkan keseluruhan peralatan General X-ray tidak dapat digunakan," laporan itu dipetik.

Laporan itu berkata pihak audit turut mendapati kehilangan empat jenis aset iaitu kompresor penghawa dingin, syringe pump, physiologic monitoring system dan pulse oxymeter bernilai RM610,000.

"Berdasarkan laporan naziran keselamatan yang disediakan oleh Cawangan Keselamatan HKL, kawasan berisiko berlakunya kecurian kompresor penghawa dingin ialah di bangunan Jabatan Urologi dan Nefrologi, bangunan Jabatan Fisioterapi, Pusat Rawatan Pesakit Luar, Institut Pediatrik dan Institut Forensik akibat tidak dipasang jeriji/kunci yang kukuh," katanya.

Sementara itu, dalam laporan yang sama menyebut satu kes kecurian 694 unit ubat berjumlah RM242,125 berlaku di Hospital Pulau Pinang pada Februari 2013.

Berdasarkan lapora akhir pada Julai 2013, kes itu masih dalam tindakan urusetia.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.