Sangkakan selepas 57 tahun semakin cerdik, tapi sudah mabuk dan bangang.
Siapa yang bangang?
Lu pikirlah sendiri.
Begitu ketara sejak akhir-akhir ini yg diserang ialah golongan agamawan.
Yang menyerang itu fahamkah apa yg ditentang? Dan secara tidak langsung
pihak-pihak yg tidak suka dengan teguran ini telah membantu mengiklankan pesta ini.
Akhirnya siapa yg akan menang?
Siapa yang bangang?
Gua pun tahu pesta Carlsberg tu sudah bertahun-tahun dianjurkan di negeri
Selangor.
Tahun sebelumnya kenapa tiada pihak yang bising?
Tahun-tahun sebelum ini adakah sebarannya meluas seperti penganjuran kali
ini?
Adakah ianya diiklankan secara
besar-besaran seperti sekarang.
Suka hati merekalah nak menonggeng, menerap atau telentang.
Apa yg dipersoalkan ialah apa tanggung jawab kita sebagai muslim. Ke mana
hala tuju kita yg masih mengaku beragama Islam. Itu keutamaan sebenar kita.
Gua cukup pelik dgn pihak yg menentang dan menyerang golongan yg menegur
penganjuran pesta mabuk mabukan ini. Adakah mereka muslim, apakah mereka
beragama Islam?
Pernahkah terfikir kenapa teguran dibuat? Sebab iklannya disebarkan
begitu terbuka.
Jika pesta tertutup dan tiada sebaran media secara meluas, lantaklah
golongan itu nak buat apa pun. Sebagai muslim kita tidak wajib
mempertahankannya.
Dalam penganjuran pesta ini siapa yang mengaut keuntungan? Cukainya
mengalir ke poket siapa? BN atau PR? Siapa yang bakal hancur?
Gua tidak menolak bahawa minum dan tunggang langgang itu budaya kafirun.
Itu hak mereka. Mereka boleh buat apa yg mereka suka selagi ianya masih mampu
dikawal.
Salah ke sebagai muslim, menegur penganjuran pest arak yg diiklankan
secara besar-besaran? Tempiasnya tetap akan dirasai oleh umat Islam. Lainlah
pada pihak yg hanya keturunan Islam baka, mereka memang tidak akan merasakan apa-apa dengan pesta sebegini.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.