Mohon klik iklan 1X yer

26 September 2014

PAS memang Bangang


Sepatutnya calun pilihanraya PR N01 Pengkalan Kubur dari parti PKR. PAS gatal gatal nak bertanding situ apasal.

Kalau calun PKR yang bertanding tentu telah menang majoriti yang besar. Dan sekarang sedang makan besar.

Kan.. kan.. kan...

23 September 2014

Azmin, jangan jadi macai!

Surat terbuka kepada Azmin Ali, MB Selangor baharu

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 23 September 2014


Kepada Azmin Ali

Selangor mendapat menteri besar baharu hari ini dan Pakatan Rakyat (PR) dapat terus memerintah negeri terkaya Malaysia selepas sembilan bulan berada dalam keadaan politik kacau bilau yang menyebabkan rakyat tertanya-tanya mengapa ia berlaku. 

Sejauh mana anda akan berbeza berbanding menteri besar sebelum ini di pejabat di Shah Alam, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Selama ini, anda berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal pembabitan kerjaya politik ketua umum berkenaan dalam PKR, sementara Khalid berpengalaman sebagai tokoh korporat hampir sepanjang hidupnya dan hanya terjebak dalam politik pada Pilihan Raya Umum 2008.

22 September 2014

Perlu Derhaka Kerana Seorang Wanita?

Wanita begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa wanita
  • hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.  
  • tidak akan bertambah zuriat di muka bumi. 
  • tidak akan bergelar seorang suami. 
  • tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga. 
  • tidak teman untuk bergurau senda.
Kuasa Wanita

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. 



Keputusan Muktamat MB Selangor - Derhaka?

Beberapa penganalisis politik berpendapat pakatan pembangkang perlu akur dan menerima secara terbuka apa juga keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memuktamadkan perkenan baginda siapa menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata krisis politik Selangor yang pakatan pembangkang sendiri cetuskan itu perlu dihentikan demi kelangsungan pembangunan di Selangor.

"Mereka harus menghormati keputusan muktamad sultan, sudah pasti sultan mahukan seorang menteri besar berkaliber, mampu membangun dan menerajui Selangor," kata pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Bernama.

20 September 2014

Peluang Terakhir Keadilan

Walaupun peluangnya dilihat makin tipis, PKR sehingga ke saat akhir masih berharap istana dapat memilih presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor.


Di samping memohon menghadap sultan Selangor, PKR pada masa yang sama menegaskan sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Azizah tidak berubah. 

“PKR mengambil pendirian bahawa kedudukan sokongan ahli-ahli dewan negeri Selangor seperti yang ternyata sebelumnya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berubah,” kata setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution.

“Oleh yang demikian, PKR merafak sembah memohon limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mengadap bagi mendapatkan nasihat dan ehsan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keadaan sokongan majoriti adalah jelas dan tidak berubah.”

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Saifuddin berkata, biro politik PKR yang dihadiri semua pimpinan kanannya bermesyuarat hari ini lanjutan perkembangan terbaru berhubung isu pelantikan menteri besar baru Selangor.

19 September 2014

Dogma dan khurafat UMNO

'Berjongkang-jongkit' dengan Umno juga perlu ditegur


Perwakilan Perak Noh Ahmad bukan sahaja menggesa Pakatan Rakyat diperkukuhkan, malah mahu konsep PAS For All tidak dianggap sebagai "slogan kosong" untuk memenangi hati rakyat. 


Menurutnya, konsep PAS For All perlu dalam usaha menyelamatkan orang Melayu daripada "dogma dan khurafat" Umno bahawa parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan kaum itu.

"Pada pilihan raya umum ke-13 ia ada hasilnya. Kita menang dengan beberapa negeri dan kerusi.

"Jadi kami berharap orang pantai timur memahami realiti di pantai barat. Kita tidak kata kemenangan ditentukan oleh satu pihak.

10 September 2014

MB Selangor: Sultan Lantik ADUN Lain?

Sultan Selangor akan mengambil kira pelbagai aspek dalam menilai setiap calon-calon yang dipersembahkan untuk dipilih sebagai menteri besar baru negeri itu. 

Bagaimanapun, baginda juga akan meneliti nama-nama lain anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.



"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara DYMM Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari parti Pakatan yang berkelayakan dan pada fikiran DYMM sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan negeri," kata setiausaha sulit kepada baginda.

9 September 2014

DAP sudah, PKR Bila Lagi?


Guan Eng mohon ampun pada sultan Selangor


Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang
baru.

Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, beliau memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan sultan berasa dukacita.

Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

8 September 2014

Kamu Engkar dan Biadap

Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu.

"Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


6 September 2014

Penyokong PR Sila Baca Sampai Habis

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju

Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana. 

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

4 September 2014

Surat Arahan Istana Selangor?


PKR terima surat dari istana

PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar.

"Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam kenyataannya kemudian.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya. 

1 September 2014

Unit Amal Akan Diharamkan?

Sehari selepas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang ditahan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama. 

Malah, Ahmad Zahid berkata, beliau turut menerima laporan yang mendakwa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.


"Ada di kalangan PPS ini saya dapat laporan, mereka pukul orang, mereka melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan. Seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

"Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," katanya.