Mohon klik iklan 1X yer

27 July 2014

Portal Media Barat Menuduh Putera Mahkota Selangor Murtad

Kuala Lumpur; Sebuah portal berita barat, World News Daily Report telah mengeluarkan sebuah artikel yang mengatakan Putera Mahkota Selangor telah pun keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian Katolik. Menurut portal tersebut Tengku Amir Shah berbuat demikian kerana ingin mengahwini seorang model yang berasal dari Sepanyol Cristina Gomez yang baru berusia 16 tahun. 

Cristina dikatakan meletakkan syarat agar Tengku Amir Shah menukar agama jika ingin mengahwini beliau. Portal tersebut turut menuduh bahawa Tengku Amir Shah sering meminum arak dan berpesta secara bebas. Portal tersebut menyatakan Tengku Amir Shah telah dibabtiskan di sebuah gereja bernama Santa Maria di Braga, Portugal. 

Didalam artikel bertarik 24 Julai 2014 tersebut portal tersebut turut menyatakan bahawa Tengku Amir Shah sering terlibat dengan seks bebas dan mempunyai masalah ketagihan dadah. Portal tersebut menuduh Tengku Amir Shah telah memasuki pusat pemulihan dadah sebanyak 3 kali dalam tempoh 18 bulan.

"The Malaysian prince known for his outlandish sex orgies and drug addiction problems, having been through rehab no less than three times in the past 18 months, has promised to change his ways and claims to be a new man." - World News Daily Report

Walau bagaimanapun keraguan dan kesahihan berita dari portal tersebut diragui disebabkan portal berikut turut mendakwa berita tersebut telah mengejutkan komuniti Islam di Malaysia sedangkan tidak ada sebarang berita mengenai perkara ini disiarkan di dalam mana-mana media di Malaysia setakat ini. Artikel tersebut diragui kesahihannya atas faktor tidak mungkin perkara ini tidak mencetuskan masalah diplomatik antara Malaysia dan Portugal jika benar Tengku Amir Shah dibabtiskan di negara tersebut. Adalah dibimbangkan jika artikel yang dikeluarkan oleh portal berkenaan sekadar cuba mengambil kesempatan menaikkan rating diatas nama Malaysia yang menjadi sebutan disebabkan kes MH17 baru-baru ini.


Sumber dari sini

2 comments:

  1. Saya telah terbaca satu berita bahawa pehak "POLISI" akan melakukan penyiasatan. Sudah kah ia nya di mula kan?

    ReplyDelete
  2. kalau betulpun kan dia sultan suka hati dialah.

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.